Monday, February 16, 2015

Abah

Semalam hari lahir abah. Dari semalam lagi rasa gatal tangan nak menaip pasal abah. Otak pikir macam macam pasal abah. Apa aku patut tulis abah. Lastly tertidur dengan camtu je. Ohh jangan risau, da wish siap siap semalam. Lebih kurang pukul 1 pagi. Maybe aku yang terawal selain ma. Haha. Apa aku wish? Biarlah rahsia. And seperti biasa abah akan reply short sweet and simple jee "tq". Haha abah abah. Tapi sebagai anak, tq tu pun da buat anak dia tersenyum. 

For me, semua abah camtu rasanya. Anak punya laa karang whatsapp panjang, seorang abah selaluya akan reply "ok" "humm" "tq". Tu kira okay lagi. Kekadang "k" jee. Tak tau laa abah korang kan. Haha. Tapi yang paling penting, abah akan tetap balas mesej anak dia walaupun dengan satu huruf je. Abah is always there for me whenever I need him. Even with simple "k", it shows that he cares for me while other people may ignore me. 

Seorang abah mungkin tak tau nak tunjuk rasa sayang diorang camne. That is what people always say. Tapi seorang abah tu juga punya hati. Mana mungkin takde rasa sayang. Cumanya cara seorang abah tunjuk sayang dia opkos lain dari cara seorang mak, abang, or atuk nenek. Most of them (fathers around the world) may not know how to show their love verbally. But hey, do people have to say 'i love you' first in order for you to know someone really loves you? Cuba stop kejap and pikir pikir pikir. Too many things my abah has done for me to mention here one by one. Too many that I might not stop typing tonite. Haha. Selain daripada menjadi my personal banker sejak dari kecil, abah is everything to me. (my guardian opkos, my hero, my wali to be in shaa Allah and etc)

Sebagai seorang anak, mungkin aku tak capai lagi tahap anak solehah. Tapi takde laa sampai derhaka ekekeke. Tapi sebagai seorang abah, you are the greatest nikmat Allah had give to me. Including ma. Alhamdulillah :)


HAPPY BIRTHDAY TO MY ABAH








Sunday, January 25, 2015

Are you ready?

Salam semua!

Tak tahu laa ada orang baca lagi tak blog ni. Hahaha. Tuan blog ni ikut mood nak tulis ke idok. Kalau sebulan sekali update takpe lagi. Ni da macam setahun sekali. Hehe. Kesah pulak aku? Before aku lupa, salam 2015 untuk semua. Macam tak terlambat lagi kalau nak ucap Hepi New Year kan? Lam bulan Januari lagi, so SELAMAT TAHUN BARU! Setahun ke setahun kejap je kan sekarang. Masa berubah tapi diri sendiri apa citer? Tepuk dada, tanya iman. Eceh

Well untuk diri aku. Memang tak terasa langsung tahun baru, rasa cam sama je. Sebabnya masa awal tahun memang akan busy dengan final exam. Orang duk pung pang pung pang tengok bunga api, kita duk lam bilik hostel terperuk hafal kes fakta akta auta. Eh? Haha. Tahun baru jugak tak terasa bila banyak peristiwa jadi kat Malaysia tersayang. Macam banjir besar di Pantai Timur. Rumah aku pun masuk air jugek. Cuma alhamdulillah selamat semua nyawa, tu paling penting. Part harta benda, terima dengan redha sebab apa laa sangat nak dibandingkan dengan orang lain yang lagi teruk. Sampai rumah pun tak tau hanyut kat mana. Kampung jadi macam padang jarak, padang tekukur. Haa sampai kua peribahasa ko. Moga diberi kekuatan pada mereka yang hadapi musibah banjir. 

Orang lain maybe nampak kesan banjir ni dari segi kerosakan harta benda. Tapi diorang maybe tak nampak kesan pada emosi mangsa banjir. Kalau benda leh beli, mungkin kita tak kesah benda tu rosak. Tapi kalau cam rumah pusaka yang bina dari zaman atuk nenek musnah, konpem sedih sayu hati. Kalau kereta yang mula mula beli dengan duit gaji sendiri masuk air, sape tak sedih. Repair keta memang boleh tapi kos dia mak aih cam beli keta baru. Ada laa berbelas berpuluh ribu habis. Perabot tak yah cakap laa. Yang buat dari kadbod tu memang tong sampah laa tempatnya. Da kembang cam biskut cicah air, memang tak leh guna. Kalau tilam bantal sofa, sape tak larat nak jemur basuh air selut memang buang jugak. Lama jugak keadaan nak baik cam biasa. Sama sama kita doa yee untuk mangsa banjir.

Yang tu pasal banjir, Pasal kapal terbang terhempas pun buat kita tak sedar da masuk tahun baru. QZ8501 dalam kenangan. Sape jangka benda camni nak jadi? So takyah nak salahkan sape sape lam hal ni. Memang banyak spekulasi whatsoever, tapi biar je laa orang yang ada kuasa buat sume. Takyah nak bising merapu kat social network tuh nak tunjuk expert. Doa kan lagi bagus. Even tak ramai Malaysian atas kapal terbang tuh, but still benda camni memang merobek hati. Aku tak suka situasi yang bila aku bangun pagi, aku tau benda buruk camni jadi. Buka tv penuh dengan berita sama, buka twitter trending, buka insta penuh dengan takziah. Mesti akan take time untuk digest. Eh betul ke? Eh sekali lagi? Memang impossible tapi kun fayakun. Kuasa Allah semua. Pape pun kita berbalik pada Dia. 

Sempena tahun baru ni, memang banyak benda yang leh kita muhasabah diri balik. Sama sama rasa kesusahan orang lain,bantu apa yang mampu. Paling ringan doa. Pada aku perubahan tahun tu tak penting. Yang penting diri kita berubah ke idok? Tak perlu tunggu awal tahun nak ubah yee kawan kawan. Muahhh!





Wednesday, June 11, 2014

Secret love

Salam semua!

Sape sini layan korea? Angkat tangan cepat. Hihi. Aku bukan laa peminat kipas-susah-mati cam orang lain. Bukak je topik korea, sume benda dia leh cakap. Retis, penyanyi, makanan, tempat and sume laa dalam kepala diorang. Daebak! Oit ter'korea' pulak. Hahaha. Aku jenis layan gak korea ni. Lagu kureng tapi kalau betul-betul catchy aku layan. And selalunya minat lagu ost drama laa. Tapi kalau drama, first kalau Lee Min Ho berlakon, aku memang layan. Sebab starting aku suka korea sebab citer boys over flower. Oh maaiiii! Ok tak yah citer la sal drama tu. Nanti angau balik. Sebenaqnya nak citer yang aku baru habis khatam satu drama korea ni. Perghhhh! Yang ni daebak gak la.

SECRET LOVE

 

5 stars aku kasi! Memang KEBABOM! Hahaha. Fes, sebab jalan cerita dia menarik giler. Not typical as other korean dramas. Selalu genre pasal cinta bajet cute (if you know what i mean) or cinta tertukar soul or badan (paling tak suka citer tak logik). Tapi drama ni lain. Citer ni agak matured and logik. Jalan citer dia memang twist giler. Sebab karakter pelakon berubah-ubah sampai ko tak tau mana satu perangai diorang sebenar. Second, citer ni berjaya buat aku nangis. Hahaha, hebat hokeh kalau hakak sampai menangis tengok drama korea *tepuk tangan. Feeling giler sebab bayang kalau ada kat tempat dia cane. Wuwuwu. And dalam masa yang sama, citer ni buat aku gelak and sengih cam kerang busuk. Citer ni tak banyak sangat romantik. And aku pun tak suka jiwang leleh, ayat manis typical. Bluekk. Tapi lam citer ni, you know that person is romantic through his actions, not his words. Haa gituuu! Third, pelakon sume mantap. As I said before, aku tak berapa kenal retis korea. So pelakon dalam drama ni pun aku tak kenal. Tapi mak aih hebat diorang berlakon. Air mata diorang tu senang je kua bila part sedih. 

 

Kang Yoo Jeong

Aku suka giler watak minah ni. Dia ni watak utama lam drama ni. Mangsa dari awal citer sampai habis. Memang kesian giler laa. Teraniaya, tertipu, terseksa. Sume 'ter' ada. Tapi yang best even dia ni mangsa, takde la dia ni bodoh cam typical mangsa teraniaya. Yang ikut je telunjuk orang, menangis meratap nasib, lembik tak buat pape. Helloooo come on laa! Tak kan la kalau orang seksa ko, ko duk senyap tak defend diri sendiri. Soo, watak ni contoh terbaik yang tunjuk dont just sit and accept. But get up, move on and fight what you deserve. Yup kita memang diajar untuk bersabar but there's limit.


 

Min Hyeok

Watak ni cam lebih kurang watak Angelina Jolie lam Malificent. Bahaha. Tak tau nape terpikir camtu. Sebab dia ni memang jahat dari awal citer. Tapi tak semestinya jahat tu takde sisi baik dia. Every evil has beginning. Mesti ada sebab dia jahat kan? Even dia ni tak sehensem Min Ho aku, tapi lama-lama fall jugak sebab mak aih romantik dia lain dari yang lain. When he loves someone, he cares about her. For me, it's more than enough. As long as orang tu ada dengan kita time kita susah. Tak perlu nak ada 24/7. Lemas hokeh? Haha. Dia ni nampak je jahat tapi hati tisu. Ego tu penting tapi jangan melebih. Sometimes laki pun ada time dia lemah. Kann? Hihi



Shin Se Yeon

Watak ni ok ok je. Se Yeon ni memang gegurl sangat pada aku. Sebab dia memang tunjuk sikap sebenar pompuan. Sedih tapi still senyum. Nak balas dendam tapi tak sampai hati. Benci tapi suka. Banyak menangis sengsorang instead tunjuk kat orang. Tapi sampai satu tahap leh meletop. Dia suka kasi hint yang dia suka or dia tak suka. Dia suka kias-kias, tak straight forward. Tu sampai susah orang nak paham dia. Tu sampai wujud phrase 'women are hard to understand' kot. Bahaha. Selalu nak puaskan hati orang tapi hati sendiri merana. Sian kat ko. I feel you, I feel you :(


 

Ahn Do Hoon

Watak ni aku malas nak komen banyak. Sebab AKU BENCI DIA! Mencik giler. Sampai aku rasa nak masuk lam skrin laptop, nak tonyoh kepala dia kuat-kuat. Sampai rasa nak gigit bantal menyampah bila tengok muka sinis mamat ni. Sampai rasa nak forward citer bila sampai part watak dia. Haa koo, kemain emo. Kalau nak tau tahap kebencian aku cane, tengok la sendiri. This character shows us that people change. Yesss, people do change. And one more thing, you should not blame others if you yourself create the problem. Cermin diri sendiri dulu la bang. Ohh lupa, dan dia merupakan contoh terburuk seorang peguam. Choiii! Tak layak grad laws betul. Tapi tu laa realiti sekarang agaknye. Rasuah, menipu, orang dalam whatsoever. 

Waa kemain ko membebel nim pasal citer ni. Cam nak buat esei komsas je. Watak dan perwatakan bagai. Kalau laa spm amek citer seumpama begini, haruslah a+++. Haha. So tak patut laa kalau orang kata layan korea ni lagha semata-mata. Sebab banyak gak moral values kalau ko pandai tengok. Tapi kalau setakat layan mamat korea muka jambu je, tu lagha laa. Hahaha. Nak tau jalan citer, tengok sendiri laa. Malas nak bersinopsis kat sini sebab citer dia tak menyesal tengok. Best! 

Annyeong higyeseyo :)

p/s : thanks to mas (my korean drama's supplier). Saranghae!

Friday, January 31, 2014

Budak kecik daa tua. HEHE



Nadhratun Naiem,

Happy birthday dear nad!!!! Sorang lagi kawan hanim yang da tua, mengikut jejak langkah ainul. Haha. Nad, 21 da nad. Bila nak kawin? Ehh. Haha. Semoga tahun yang ke 21 ni membawa bahagia untuk nad. Takde sedih-sedih. No air mata. Thank to Allah sebab datangkan nad lam hidup hanim. I learned a lot from u dear. Nad, you have a beautiful heart. Kalau korang nak tau, nad selalu tolong orang. Tak kira la dia tengah susah ke tak time tuu. Selalu belanja orang makan (kek batik sedap especially) Selalu tumpangkan orang. And paling best, dia ni mudah kesiankan orang and tacing. Tengok citer kartun pun leh nangis. Haha. Nad, thanks sebab sudi kawan dengan hanim. Hanim tau yang hanim kadang2 garang dengan korang (sebab aku kan kakak~ haha). But please jangan amek hati. Biasa laa sifat ke'kakak'an memang camtu. Tapi dalam hati sayang wehh. Ingat lagi masa nad ketuk bilik hanim after kena langgar dengan tuttt, actually sedih tengok nad nangis time tuu. Dats why laa kitorang berhabis-habisan fight for nad aritu. Soo, people outside there, dont mess with nad, or we will kick you! Hehe. I love youuuuuu nad! Lastly, hanim nak post gambar cun melecun nad kat sini. And sila tengok gambar last. Ada sorang ni menyelit nak wish gak untuk nad. Hanim da cakap buat la post sendiri. Dia kata tak sempat. HEHEHE