Sunday, January 25, 2015

Are you ready?

Salam semua!

Tak tahu laa ada orang baca lagi tak blog ni. Hahaha. Tuan blog ni ikut mood nak tulis ke idok. Kalau sebulan sekali update takpe lagi. Ni da macam setahun sekali. Hehe. Kesah pulak aku? Before aku lupa, salam 2015 untuk semua. Macam tak terlambat lagi kalau nak ucap Hepi New Year kan? Lam bulan Januari lagi, so SELAMAT TAHUN BARU! Setahun ke setahun kejap je kan sekarang. Masa berubah tapi diri sendiri apa citer? Tepuk dada, tanya iman. Eceh

Well untuk diri aku. Memang tak terasa langsung tahun baru, rasa cam sama je. Sebabnya masa awal tahun memang akan busy dengan final exam. Orang duk pung pang pung pang tengok bunga api, kita duk lam bilik hostel terperuk hafal kes fakta akta auta. Eh? Haha. Tahun baru jugak tak terasa bila banyak peristiwa jadi kat Malaysia tersayang. Macam banjir besar di Pantai Timur. Rumah aku pun masuk air jugek. Cuma alhamdulillah selamat semua nyawa, tu paling penting. Part harta benda, terima dengan redha sebab apa laa sangat nak dibandingkan dengan orang lain yang lagi teruk. Sampai rumah pun tak tau hanyut kat mana. Kampung jadi macam padang jarak, padang tekukur. Haa sampai kua peribahasa ko. Moga diberi kekuatan pada mereka yang hadapi musibah banjir. 

Orang lain maybe nampak kesan banjir ni dari segi kerosakan harta benda. Tapi diorang maybe tak nampak kesan pada emosi mangsa banjir. Kalau benda leh beli, mungkin kita tak kesah benda tu rosak. Tapi kalau cam rumah pusaka yang bina dari zaman atuk nenek musnah, konpem sedih sayu hati. Kalau kereta yang mula mula beli dengan duit gaji sendiri masuk air, sape tak sedih. Repair keta memang boleh tapi kos dia mak aih cam beli keta baru. Ada laa berbelas berpuluh ribu habis. Perabot tak yah cakap laa. Yang buat dari kadbod tu memang tong sampah laa tempatnya. Da kembang cam biskut cicah air, memang tak leh guna. Kalau tilam bantal sofa, sape tak larat nak jemur basuh air selut memang buang jugak. Lama jugak keadaan nak baik cam biasa. Sama sama kita doa yee untuk mangsa banjir.

Yang tu pasal banjir, Pasal kapal terbang terhempas pun buat kita tak sedar da masuk tahun baru. QZ8501 dalam kenangan. Sape jangka benda camni nak jadi? So takyah nak salahkan sape sape lam hal ni. Memang banyak spekulasi whatsoever, tapi biar je laa orang yang ada kuasa buat sume. Takyah nak bising merapu kat social network tuh nak tunjuk expert. Doa kan lagi bagus. Even tak ramai Malaysian atas kapal terbang tuh, but still benda camni memang merobek hati. Aku tak suka situasi yang bila aku bangun pagi, aku tau benda buruk camni jadi. Buka tv penuh dengan berita sama, buka twitter trending, buka insta penuh dengan takziah. Mesti akan take time untuk digest. Eh betul ke? Eh sekali lagi? Memang impossible tapi kun fayakun. Kuasa Allah semua. Pape pun kita berbalik pada Dia. 

Sempena tahun baru ni, memang banyak benda yang leh kita muhasabah diri balik. Sama sama rasa kesusahan orang lain,bantu apa yang mampu. Paling ringan doa. Pada aku perubahan tahun tu tak penting. Yang penting diri kita berubah ke idok? Tak perlu tunggu awal tahun nak ubah yee kawan kawan. Muahhh!





No comments:

Post a Comment