Wednesday, June 11, 2014

Secret love

Salam semua!

Sape sini layan korea? Angkat tangan cepat. Hihi. Aku bukan laa peminat kipas-susah-mati cam orang lain. Bukak je topik korea, sume benda dia leh cakap. Retis, penyanyi, makanan, tempat and sume laa dalam kepala diorang. Daebak! Oit ter'korea' pulak. Hahaha. Aku jenis layan gak korea ni. Lagu kureng tapi kalau betul-betul catchy aku layan. And selalunya minat lagu ost drama laa. Tapi kalau drama, first kalau Lee Min Ho berlakon, aku memang layan. Sebab starting aku suka korea sebab citer boys over flower. Oh maaiiii! Ok tak yah citer la sal drama tu. Nanti angau balik. Sebenaqnya nak citer yang aku baru habis khatam satu drama korea ni. Perghhhh! Yang ni daebak gak la.

SECRET LOVE

 

5 stars aku kasi! Memang KEBABOM! Hahaha. Fes, sebab jalan cerita dia menarik giler. Not typical as other korean dramas. Selalu genre pasal cinta bajet cute (if you know what i mean) or cinta tertukar soul or badan (paling tak suka citer tak logik). Tapi drama ni lain. Citer ni agak matured and logik. Jalan citer dia memang twist giler. Sebab karakter pelakon berubah-ubah sampai ko tak tau mana satu perangai diorang sebenar. Second, citer ni berjaya buat aku nangis. Hahaha, hebat hokeh kalau hakak sampai menangis tengok drama korea *tepuk tangan. Feeling giler sebab bayang kalau ada kat tempat dia cane. Wuwuwu. And dalam masa yang sama, citer ni buat aku gelak and sengih cam kerang busuk. Citer ni tak banyak sangat romantik. And aku pun tak suka jiwang leleh, ayat manis typical. Bluekk. Tapi lam citer ni, you know that person is romantic through his actions, not his words. Haa gituuu! Third, pelakon sume mantap. As I said before, aku tak berapa kenal retis korea. So pelakon dalam drama ni pun aku tak kenal. Tapi mak aih hebat diorang berlakon. Air mata diorang tu senang je kua bila part sedih. 

 

Kang Yoo Jeong

Aku suka giler watak minah ni. Dia ni watak utama lam drama ni. Mangsa dari awal citer sampai habis. Memang kesian giler laa. Teraniaya, tertipu, terseksa. Sume 'ter' ada. Tapi yang best even dia ni mangsa, takde la dia ni bodoh cam typical mangsa teraniaya. Yang ikut je telunjuk orang, menangis meratap nasib, lembik tak buat pape. Helloooo come on laa! Tak kan la kalau orang seksa ko, ko duk senyap tak defend diri sendiri. Soo, watak ni contoh terbaik yang tunjuk dont just sit and accept. But get up, move on and fight what you deserve. Yup kita memang diajar untuk bersabar but there's limit.


 

Min Hyeok

Watak ni cam lebih kurang watak Angelina Jolie lam Malificent. Bahaha. Tak tau nape terpikir camtu. Sebab dia ni memang jahat dari awal citer. Tapi tak semestinya jahat tu takde sisi baik dia. Every evil has beginning. Mesti ada sebab dia jahat kan? Even dia ni tak sehensem Min Ho aku, tapi lama-lama fall jugak sebab mak aih romantik dia lain dari yang lain. When he loves someone, he cares about her. For me, it's more than enough. As long as orang tu ada dengan kita time kita susah. Tak perlu nak ada 24/7. Lemas hokeh? Haha. Dia ni nampak je jahat tapi hati tisu. Ego tu penting tapi jangan melebih. Sometimes laki pun ada time dia lemah. Kann? Hihi



Shin Se Yeon

Watak ni ok ok je. Se Yeon ni memang gegurl sangat pada aku. Sebab dia memang tunjuk sikap sebenar pompuan. Sedih tapi still senyum. Nak balas dendam tapi tak sampai hati. Benci tapi suka. Banyak menangis sengsorang instead tunjuk kat orang. Tapi sampai satu tahap leh meletop. Dia suka kasi hint yang dia suka or dia tak suka. Dia suka kias-kias, tak straight forward. Tu sampai susah orang nak paham dia. Tu sampai wujud phrase 'women are hard to understand' kot. Bahaha. Selalu nak puaskan hati orang tapi hati sendiri merana. Sian kat ko. I feel you, I feel you :(


 

Ahn Do Hoon

Watak ni aku malas nak komen banyak. Sebab AKU BENCI DIA! Mencik giler. Sampai aku rasa nak masuk lam skrin laptop, nak tonyoh kepala dia kuat-kuat. Sampai rasa nak gigit bantal menyampah bila tengok muka sinis mamat ni. Sampai rasa nak forward citer bila sampai part watak dia. Haa koo, kemain emo. Kalau nak tau tahap kebencian aku cane, tengok la sendiri. This character shows us that people change. Yesss, people do change. And one more thing, you should not blame others if you yourself create the problem. Cermin diri sendiri dulu la bang. Ohh lupa, dan dia merupakan contoh terburuk seorang peguam. Choiii! Tak layak grad laws betul. Tapi tu laa realiti sekarang agaknye. Rasuah, menipu, orang dalam whatsoever. 

Waa kemain ko membebel nim pasal citer ni. Cam nak buat esei komsas je. Watak dan perwatakan bagai. Kalau laa spm amek citer seumpama begini, haruslah a+++. Haha. So tak patut laa kalau orang kata layan korea ni lagha semata-mata. Sebab banyak gak moral values kalau ko pandai tengok. Tapi kalau setakat layan mamat korea muka jambu je, tu lagha laa. Hahaha. Nak tau jalan citer, tengok sendiri laa. Malas nak bersinopsis kat sini sebab citer dia tak menyesal tengok. Best! 

Annyeong higyeseyo :)

p/s : thanks to mas (my korean drama's supplier). Saranghae!

1 comment:

  1. Hanim,
    kita peminat korea di level sama.
    lagu ost
    dan drama best je.
    agree dengan statement tak semua melaghakan.
    pandai2 la nak hidup kan..
    selamat bercuti!

    ReplyDelete