Friday, January 31, 2014

Budak kecik daa tua. HEHE



Nadhratun Naiem,

Happy birthday dear nad!!!! Sorang lagi kawan hanim yang da tua, mengikut jejak langkah ainul. Haha. Nad, 21 da nad. Bila nak kawin? Ehh. Haha. Semoga tahun yang ke 21 ni membawa bahagia untuk nad. Takde sedih-sedih. No air mata. Thank to Allah sebab datangkan nad lam hidup hanim. I learned a lot from u dear. Nad, you have a beautiful heart. Kalau korang nak tau, nad selalu tolong orang. Tak kira la dia tengah susah ke tak time tuu. Selalu belanja orang makan (kek batik sedap especially) Selalu tumpangkan orang. And paling best, dia ni mudah kesiankan orang and tacing. Tengok citer kartun pun leh nangis. Haha. Nad, thanks sebab sudi kawan dengan hanim. Hanim tau yang hanim kadang2 garang dengan korang (sebab aku kan kakak~ haha). But please jangan amek hati. Biasa laa sifat ke'kakak'an memang camtu. Tapi dalam hati sayang wehh. Ingat lagi masa nad ketuk bilik hanim after kena langgar dengan tuttt, actually sedih tengok nad nangis time tuu. Dats why laa kitorang berhabis-habisan fight for nad aritu. Soo, people outside there, dont mess with nad, or we will kick you! Hehe. I love youuuuuu nad! Lastly, hanim nak post gambar cun melecun nad kat sini. And sila tengok gambar last. Ada sorang ni menyelit nak wish gak untuk nad. Hanim da cakap buat la post sendiri. Dia kata tak sempat. HEHEHE










Sunday, January 26, 2014

Shout out to AINUL!



Ainul Afiqah,

Happy 21! What? 21? Yesss, ainul da tua. Hehe. Semoga ainul panjang umo. Semoga ainul sentiasa dilindungi dan diberkati Allah. Skema jek ayat kan? Tapi memang betul pun tu hanim doakan. Moga Allah still beri kesempatan untuk kita belajar sesama, giler sesama, hepi sesama, hidup sume sesama. Ainul, you are such a wonderful gift yang Allah kasi kat hanim. A good listener (lagi2 dengar citer hanim yang tak pernah habis), a loyal secret keeper, a sister to me (as I have no sister), a generous money lender (makna 'afiqah' pun pemurah kan, hehe), and banyak lagi laa. And ainul also pandai buat lawak tapi nak kena warm up, tapi once buat lawak, gelak pecah perut. Haha. Selama kita kawan tiga tahun lebih ni, banyak ainul tolong hanim. Thanks for being with me whenever i need a friend. May our friendship lasts forever! Lagi nak cakap apa ek? Haaaa. Sentiasa ingat Allah kay in whateva u do. Taat abah umi. Belajar rajin2 (buat nota lagi k nanti, notes ainul best. hehe). Sooo, sempena your bufday, hanim nak letak gambar-gambar cun ainul kat post ni. Hope u'll like it :)














Monday, January 13, 2014

Perit

Salam semua!

It's been a long time aite since last aku update blog ni? Huhuhu. What to do? Kesibukan melanda diri ini. Padahal banyak je idea nak tulis. Tapi malas nak buka lappy. Bila da buka, idea pulak entah kemana. And know pun entah hape aku melalut. Terima kasih kerana terus membaca. Kalau da malas, just click the exit button kat atas nuu. Haha

By the way, i just finished my first year of laws. Wohooooo! Hoi hanim, setahun jek pun. Kalah orang grad degree. Yeah, maybe people thought it was too much for me or kawan seangkatan rasa cam bahagia giler habis setahun belajar law. Tapi for those yang betul merasa peritnye belajar law, akan rasa bahagia giler even baru habis setahun. Lebih kurang dua minggu lebih gak la tempoh final exam kitorang. Gap banyak tu sangat laa bersyukur tapi jadi orang yang paling last langkah kuar dari UIA tu yang sedih mak aih. Bayang laa kafe hostel pun da nak bercuti, kita still tersekat kat u belek buku.

Susah sangat ke law ni? Pada aku, sume course susah. Tapi jenis susah tu lain-lain. Ada course yang jenis mengira sampai juling bijik mata, ada kena buat projek berbulan-bulan, ada yang kena hafal formula, ada yang kena guna skill mengarang. Whateva la kann. Law pulak, aku konpem orang boleh teka apa yang susahnye. MENGHAFAL! Yes, ni perkara paling penting dan tersangat lah penting amek laws. Kalau ko jenis lembab menghafal pun, kena gak paksa diri menghafal. Haha. Kalau tak, alamatnye putih bersih la kertas exam ko tu. Ada jek orang kata, alaa paham kan je la, jangan menghafal. Certain things boleh la nak paham but most of it, you have to memorise. Nama kes, jenis kes, nombor akta, nombor seksyen, ayat quran, hadith, sirah, kata-kata tokoh ulama. Haa, kalau semua ni, apakebendanye nak dipahamkan? Memang nak tak nak kena hafal. Haha. Selama jadi budak fes year ni, memang beratus gak la kes yang da berjaya dihafal. Tapi kalau tanya aku sekarang.. Erkkk!

Selain kekuatan menghafal, sape amek laws memang kena ada kekuatan emosi. Ni sangat penting hokeh. Bila otak ko da berat dengan segala info plus pressure exam apa sume, memang senang je nak rasa emo terlebih. Mula nak nangis la, pikir mengarut la, nebes terlebih la. Tido tak lena (kawan aku sampai tido setengah jam sebab emosi terganggu, haha), makan tak lalu, mandi basah laa. Tipu laa kalau mandi tak basah. Hehe. Haaa, kalah orang berchenta uolls. Then mula la nak kol umah, lebih sekali sehari. Ayat sama jekk, 'ma, doakan akak k'. Habis orang aku suh doakan. Mak aku pun da leh hafal rasanye skrip time exam week.

Last sekali, ko kena ada kekuatan fizikal. Haa, tang mana tu? Tang tangan la. Exam law standard tiga jam and you have to answer 4 questions. Setiap soklan selalu ada dua esei. Sooo, you have to answer about 8 esei in 3 hours. Dan selalunye, musuh budak laws ialah masa. Even ko da habis baca berhempas pulas, kalau tak pandai nak susun ayat time exam, tak jadi jugak. Kekuatan otot-otot tangan anda amat laa diperlukan masa menjawab paper law. Haha. Selalu la amalkan eksesais yee pada tangan. Ingat ahli sukan je ada muscle kat tangan? Kami pun boleh. Tapi muscle naik lebih kat jari la kott.

Soo far, ni la pengalaman jadi budak laws untuk setahun. Dalam letih menangis susah tak tahan, habis gak setahun. Tapi kena tengok result luu. Huhuhu. Mintak lepas la sume subjek. Amin! Cepat amin kan?! Hehe. Dan sekarang, aku nak enjoy cuti ni pepuas. Adios!

Even perit, kita enjoyyyyyy! HAHA