Wednesday, December 26, 2012

Banjir oh banjir

Salam semua!

Sebelum pape jadi kat aku, aku nak sampaikan wasiat kat korang. Jaga blog aku ni leklok. Jangan kasi labah2 buat sarang kat sini tau. Dalam masa beberapa jam lagi, maybe aku akan pergi tinggalkan rumah. SEBAB rumah aku nak nair air da. Hahaha. Wehh, rumah aku naik air weh. Selama aku hidup sini, fes time banjir. Macam pelik pulak bangun tidur tadi, tengok ada sungai depan rumah. Macam rumah orang lain jadinye. Tak gosok gigi, tak basuh muka, terus masuk lam air.


sikit lagi nak masuk kat porch 

menatang apa ntah. tetiba banyak atas pagar. geli aku, hishh

ni x mandi jugak ni. terus masuk dalam air -.-

parit, sungai, longkang, jalan da x leh beza. pepandai la ko jalan.

sungai ajaib depan rumah.

Actually air x masuk lagi dalam rumah. Baru masuk perkarangan rumah. Hope air x naik da. Kalau x, naik bot la aku. Masuk buletin utama tv3. Kalau ada minah lambai2 manja kat kamera, aku lettew. Tapi kawasan rumah aku ni, helikopter selalu round. Mana tau, leh naik heli ke. Bajet VIP kan. Air x tinggi mana, leh harung camtu je. Melebeyh plak dia ni nak naik heli bagai. Wakaka

Doakan Terengganu selamat kayy. Na na na na na, ganu kiteee~

Tuesday, December 18, 2012

All is well!

Salam!

I just got an offer letter from UIA yesterday. Wohooooo! Alhamdulillah. I was 'proposed' by UIA to further laws there. You make me wanna say I do, I do, I do, do, do, do. Muehehe, menyanyi pulak kan. X yah nak proposed bagai la hanim. X dak da tempat lain yg nak amek ko. Yup! Mekacih UIA. Ni sayang lebih ni.

I will register there on 29th Jan 2013. That day is gonna be my special day. Masuk U wehh. Maybe pada orang lain, it's not really a big deal. Tapi pada aku, it's so meaningful. It means that you are going to the next phase in your life which is the life as a university student. University beb, bukan sekolah. And for sure, it is harder than before. More or less, it will teach you to be stronger in life and sometimes, changes you into someone else. Maybe better or worst. So, watch out! As my ma said, in whatever u do, always remember Allah and your parents. Then, you'll think twice if you wanna do something bad. No no no, okay? Allah sees, hears and knows. 

Back to the offer, it was already stated there in which hostel I will stay there. You know what?? I was destined to stay in AMEENAH. Yup, ameenah is my mahallah's name. Fyi, mahallah means hostel or asrama. Hehe, arabic la weh. Kata UIA kann. And you know what?? My roomates My ex roomates, both of them got the another hostel. Nusaibah if i'm not mistaken. Huwaaaaaa! I feel like crying once i know that. Acano ni? Acano ni? UIA..... Nape kejam sangat? Nape pisahkan kami? Ini tidak adil, tidak adil bagiku. Jauh boleh jarak hostel kami. Sebak tau bila asyik duk pikir. 

Tapi bila pikir2 balik. Maybe ada hikmahnye. Maybe it's the time for me to know new peeps. Leh tambah kawan baru. Positif hanim positif! Pastu, hostel ko jauh dari fakulti. Leh la exercise hari2. Mana tau dapat badan cam Megan Fox pasni. Tehee. Pastu, hostel plak mengadap fakulti engin, hari2 leh cuci mata. Tapi kann, nanti bilik kena kongsi dengan someone. Bukan duk sorang2. Agak keberatan tapi maybe it'll be fun to have a roomate rather than being alone. Positif! Dear roomate-to-be, I'll hope that you're ready enough to have me as your roomate. Saya baik tau, jangan la takut. Hehe.

Tahap excited yang tinggi membuatkan aku google sendiri acano rupa hostel n bilik aku. Tadaaaa!

rupa bilik :)

bilik yg ada 2 compartment. 1 compartment 2 orang.

Cam coomel je kan? Harap2 camtu la. Hope sume ok. Bukan bilik je, kawan, belajar. Sume2 la. Pray for the best for my new life. See you soon gombak! Boiiii. 

Monday, December 17, 2012

Melaka mali!

Salam!

Aku baru je balik dari cuti-cuti Malaysia kat Melaka. Best woo! Hehe. Tiga hari dua malam rasa macam x cukup jee. Aku stay kat bandar hilir yg memang selalu penuh dengan orang. Sesak giler bandar Melaka ni. Maybe cuti sekolah kot. Tak banyak tempat pun aku gi sebab pergi ni berkonvoi dengan family sebelah abah. So, ramai2 susah gak la nak bergerak. Tapi bila ramai, happening la sikit kann. Sempat la gi kat a' Famosa tuh, Red Building, Dataran Pahlawan, kat kapal besar uh ( aku x tau nama dia apa, hehe) n Pantai Klebang. And sempat jugak pekena asam pedas Melaka yg memang umphhh. Sedap weh bak kat hang. Terangkat! Yang sedihnye, gambar yg aku amek ada lam kamera yg abang aku bawak pi UITM. Ingatkan da letak lam bonet. Dia teramek pulak. Soo, sikit je la gambar yg ada dengan aku. Tengok je la ehh :)


da tua da Melaka ni :P

Malacca view from our car :)

little india pun ada kat sini..


kuih deram fav adam!

aneka makanan! nice packaging!

big ship that i've forgot its name! here we come..
tersentuh hati tengok indahnya laut kat Masjid Selat Melaka :')

ni la masjidnye. cantik!!
the room where i stayed in. comfy!

nenek dan cucu! :)


Tu la diaa. Sikit je gambar ni. X puas hati betul. Sebab kamera 1 lagi banyak sangat gambar. Sobs. Kat Melaka ni, x banyak sangat aku sopim. Makanan la kalau banyak pun. Macam2 kerepek ada. Hehe. Sempat beli beg n sepasang kain (nak jahit baju kurung setelah sekian lama). Beli kain tu pun sebab nak tambah koleksi hitam putih aku. Aku kan budak laws. Paham2 je la yee. Ok then, boiii.



Saturday, December 1, 2012

Sehangat rasa

laut.jpg


Pantai ibarat teman setia.
Setia menanti sang manusia yang hadir membawa pelbagai rasa.
Cinta, benci, marah, gementar, bahagia. Segalanya dihamburkan di sini.
Seluas laut yang terbentang, sejauh langit mata memandang bisa memberi ketenangan di dalam hati yang penuh dengan rasa.
Ku duduk di atas pasir putihmu.
Masa berputar tak ku rasa, asyik dengan indahnya pantai.
Selangkah menjejakkan kaki, merasa hangatnya pasir di telapak kaki, seribu memori menerjah kotak ingatan.
Indahnya cinta, sakitnya hati, tingginya cita, semua kenangan bersemi di pantai. 
Bisa buat ku tersenyum sambil tangan mengesat air mata yang jatuh.
Tempias ombak menyentakkan aku dari lamunan. 
Beribu memori menjauh pergi dibawa ombak.
Bawalah pergi jauh yang pahit, tinggalkan yang manis bersama.  


Monday, November 26, 2012

Hidden beauty

Assalamualaikum.

Hye there! I just watched a telemovie on Mustika channel entitled Parit Jawa. Interesting! With the beautiful cinematography and great actors. Telemovie pasal sebuah famili yang berpecah-belah sebab harta. Typical Malay drama right? Humm, tapi apa yg lainnye citer ni, ia berlatarbelakangkan bangsa Jawa. Best pelik je aku dengar diorang cakap. Aku pun terkumat-kamit jugak la depan tv ni, duk meniru diorang cakap. Rasa tebal lidah ngan tekak ni haa. Haha.

 

I just don't know why, this movie made me feel that Malaysia is soo beautiful with its places and races. Even Malay itself can be divided into many groups. Melayu-Jawa, Melayu-Banjar (like my roomate :P), Baba Nyonya and so on. 

sunset in Parit Jawa :)



We should proud to be Malaysian and be grateful to live in such a beautiful country. Hamek koo, patriotiknye aku! Teheee. 

Ok, babaiii :)


Thursday, November 22, 2012

Chicken wings BBQ!

Salam semua!

Haa, abang kakak semua. Hari ni saya, Chef Hanim ada menu istimewa untuk anda semua. Ringkas, tangkas, tapi sodapppp. Menu kita hari ni ialah Chicken wings BBQ. Sedap wehhhh! Konpem licin sampai ke tulang, hehe. Tanpa membuang masa, meh chef gitau bahan-bahannye.

Of coz kepak ayam, bukan dada ayam. 6-10 ketul.
2 sudu besar (sb) kicap pekat
2 sb kicap cair
2 sb sos BBQ
2 sb madu
1 sb minyak bijan
1 sb chicken seasoning
1 sudu kecil (sk) garam
1 sk serbuk lada hitam

Okay, cara-caranye. Fes sekali, korang campur semua bahan kecuali ayam ke dalam mana-mana bekas yg sesuai. Kacau sampai sebati. Then, masukkan kepak ayam n gaulkan semua. Pastu, perap ayam tu lebih kurang 6 jam or lebih. Semalaman lagi bagus sebab nanti kepak2 tu da serap sos.


gaul jangan x gaul !

Last sekali, grill ayam tu lebih kurang sejam sampai masak betul. Suhu 200 celcius.


berjuang laa kepak2 sekalian :P

Taraaa! Hasilnye, kenyang perut malam ni..




Actually, menu ni sangat sesuai untuk sape2 yg baru nak belajar masak cam aku ni haa. Sebab semua main campak and gaul je. Soooo, apa lagiii. Selamat mencuba yee abang kakak :)






Wednesday, November 21, 2012

Istanbul Aku Datang = semanis gula




Citer ni cooooooooooooomel sangat! Comel sejuta kali, hehe. Lagi2 yg berlakonnya Lisa Surihani yg super duper cute. Jatuh cinta dengan citer ni and kalau boleh nak tengok lagi, lagi and lagi.

Rasa cam nak cubit je pipi tuu :P
Lisa pegang watak Dian, gadis periang and manja. Dian merantau ke Istanbul semata-mata nak pastikan teman lelakinya, Azad ( Tomok ) melamarnya. Masalahnyee, Azad sedang mengikuti kursus medic for 6 years. Tempoh itu sangat lama bagi Dian untuk menunggu lamaran daripada Azad. Keputusan Dian untuk ke Istanbul akhirnye mendatangkan macam2 masalah. Masalah paling besar bila Dian kena hidup serumah dengan seorang lelaki yg entah dari mana datangnye. Macam2 yg jadi bila Dian and that guy terpaksa duk serumah. Ending, korang kena tengok sendiri la yee. Really unexpected!

Dian n Azad

 

meow meow, lisa yg cuteee!

Harris!!! Dian's housemate.

Banyak yg aku suka pasal citer ni. Lokasi penggambaran yg mmg cantik. Lagi2 kat Aya Sofia tuu. Tetiba rasa nak terbang je pi sana. InsyaAllah one day. Then, pelakon yg memang hebat. Natural je, macam diorang memang camtu kat luar especially watak Lisa and Beto. And citer ni satu-satunye citer cinta melayu yg buat aku gelak, berangan, nangis, marah. Macam2 feeling la ada. Da la tengok sorang je tadi, mesti orang sebelah aku ingat aku gila kann. Lam gelap x nampak kot, heeee.

Sooooooo, apa lagi. Cepatla pi terjah cinema mana2. X silap aku esok da last kot tayang kat cinema. Lagi2 for those yg minat giler Lisa cam aku ni, rugi kalau x tengok. Enjoyyyy!

Saturday, November 10, 2012

The lucky one.

Listening to a woman who gave a call to Hot.fm last evening, made me smile all day. She talked about her dream that she thought will never become true in her real life.


When she was young, she always wished that someday a man will come into her life and propose her in the public. However, when it came to her sense, she just knew that kind of dream just happen only in the dramas and maybe to someone who really lucky. She kept on dreaming until a real man came into her life. They were so in love and the woman started to forget her wish.

One fine day, they went out together to Pavillion. They were walking around and chatting until that man said, he wanted to go to toilet for a while. After waiting for a few minutes, someone came to the woman and asked her to go straight out of the pavi towards the big screen outside the mall. Undoubtedly, she walked to the place mentioned and she was shocked when she heard someone called her name loudly. In the crowded people, at the centre of the busy streets, she saw the person that she loves was holding a ring. Without she realised, her dream really came true as he had proposed her in the public. Now, she was the lucky girl who lived in her own real drama.


Sooo, what i'm going to say here is that you may dream as high as you want. You can make wishes as much as you want. Because who knows you're the lucky one. Besides, daydream doesn't need to be pay ;)

Can I get a man like this 1 day? Keep on dreaming hanim! :P



Friday, November 9, 2012

Wedding and white

Cerita ni da basi tapi nak letak jugak. Tapi x de la basi mana sebab inai kat jari ni pun x hilang lagi. Ouch, ni bukan kisah kawin aku kayy. Heeee.

Last week, I went to my best friend's house a.k.a Nisah, attending her sisters' wedding. Sistersssss okay, not sister. Both, Kak Long n Kak Mira get married. They looked gorgeous n same goes to Nisah and her other sisters. Haha, too many sisters in her family. I don't wanna talk much here, juz enjoy the pictures :)

Kak Long, pretty in white!

Kak Mira, u looked so cuteee!


Nisah, kak long and meyhh :P

Nisah, kak long and dik ji. Sisterss! :D

Nisah + Hanim = Gedix

Another sister in da house : Dilah The Gojes

Bridesmaid :)

Just love peach..

Kak Long time sanding :)

Tu bunga hasil tangan kak mira tauu. So creative!

Overall, the wedding reception ended smoothly. Alhamdulillah! May both of you live happily ever after and get a child soon. I'm waiting! :P




Wednesday, October 31, 2012

Not just hijab..



Nice poster right? But, don't just look at the picture. Look at the message that was brought here. 

Girls and women outside there, let us be a good muslimah by covering our aurah properly.

Jannah is waiting for us =)



p/s : reminder for me too..

Tuesday, October 30, 2012

Choosing

The moment when you try to satisfy people's hearts and wants without sacrifice yours never exist. Dalam kita nak hepi kan orang, kita yg menangis dalam hati. Dalam kita nak jaga hati orang, hati kita yg tercalar.


Without us realise, we always live in dilemma. Choosing from doing this and that. Sometimes we have to do something bad to gain good things. But people keep on judging us based on our bad deeds rather than looking at the good results.

People will never know but they do criticize. Love it or hate it you have to face those people. You live in that world. People with various faces and hearts.

And, you're here, standing alone, carrying your scratch heart. And, you're here, choosing again. Putting an iodine will never erase the scar but you can reduce the pain. Putting a bandage can avoid the scar from getting infection, but it still there. Only time can heal the scar but still not erase it.


Monday, October 29, 2012

New look!

TARAAAAAAAAA!

Comel x blog aku ni? Hehe. A new look by Farhanim Zailand. Comel kan? Kan? Kan? Cakap comel cepat, hehe. Seharian kot buat benda alah ni. Memang la nampak simple je but i love it so much! Especially the colour, peachy okayy, not pinky. I'm a peach lover but it doesn't mean that I hate pink. Pink sentiasa di hati, pompuan kan. Paham2 lerr. 

Berjam-jam aku duk mengadap laptop hias blog ni. Bukan hape, lebih 10 kali kott aku duk tukar  background, header. X kena warna la, corak buruk la. Nampak x? Aku ni memang x de keje. Mula berhajat gak nak tukar kaler biru, hitam ke. Tapiiiii, x kena dengan jiwa la. Nak gak ada kaler gegurl gituu. So, peach menjadi pilihan. Paling suka, header tuuuu. Comel kann? Berapa kali comel daa. Sori la kalau terlebih puji blog sendiri, hihi. 

Sape2 yg terasa nak tukar design utk blog gak, korang leh la rajin2 kan diri explore websites kat internet tu yg provide free background, header and also accesories. Contohnye, shabby , the cutest blog and so much more. Actually benda ni fun if korang betul2 x dak keje nak buat, cam aku sekarang ni. 

Bila nak hias tuu, pepandai la pilih design yg x serabutkan kepala. Macam aku, aku suka yg simple2 je. Senang pun senang nak baca. Tapi kalau da taste korang memang suka yang rambu-ramba bagai, silakann. Blog masing2 kann, janji puas hati.

Hope you'll enjoy reading on my blog. Kalau x suka, cepat2 tekan pangkah kat atas ehh. Peace no war yooo! 

Misi mencari keje!

Salam semua!

Hari ni satu Kemaman aku tawaf. Aku sekarang dalam misi mencari kerja untuk mengelakkan lemak-lemak di badan ni bertambah. Sebelum aku jadi 'garfield' yang duk tidur makan je kat rumah, terpaksa lah aku mencari rezeki di luar sana. Ecehh.

gambaran aku di masa hadapan tanpa keje -.-

Macam2 kerja ada wehh kat luar sana. Harap kita je rajin ke dak nak cari. Nak seribu daya, x nak seribu dalih. Haa, sesuai la sangat peribahasa ni. So, x de alasan la bagi penganggur2 kat lua sana yg kata x de keje kosong la, apa laa. Memang la x dak, hang yg x pi cari. And memang la x dak, kalau hang tu memilih sangat. X pe, keje la dari bawah dulu. Mana tau, dari despatch, jadi manager. Dari cashier, jadi tokeh kedai. Haaa! Sape tau kann? Tapi bagi orang cam aku ni, juz nak isi masa je, elak lemak bertambah n paling penting cari duit. Ibarat kata mak aku, mana ada orang keje x nak duit. Tu lahh aim orang keje. Ye x ye jugak, hehe.

Receptionist hotel, cashier, pembantu klinik, assistant dentist, kerani lawyer. Ni sume jawatan kosong yg aku jumpa tadi. Hehe. Pemandu lori pun ada tadi, tapi aku x mintak la sebab lesen lori x de, hehe. Tukang masak pun x mintak, sebab aku sedar diri yg aku ni amateur lagi dalam bab2 masak. Sekali orang mintak nasi goreng cina, nasi goreng india yg sampai karang. Terlebih kicap, hehe.

But still, mission incomplete! Sebab aku x dapat keje kat mana2 lagi. Baru je apply. Lam banyak2 keje, aku berminat nak keje kat 7eleven. Dengan kedai yg ada aircond, gaji sebulan rm700. Pastu, x de la buat keje banyak mana pun. Setakat duk kat kaunter, susun2 barang. Nampak x permainan aku? Bajet nak kurang lemak la sangat. Haha. Duk tercongok, lagi2 lam aircond. Xpe la, at least x boring duk rumah je kann. And mana tau jumpa jodoh kat situ, ada anak tan sri ke pi beli slurpee nanti. Ehem, hanim betulkan niat! Yee, niat kerana Allah. Heee.

So, harap2 aku dapat keje yang elok n halal. Kalau x dapat pun, x pe. Leh la aku menyengih kat rumah ni 2 bulan lebih. Okep, boiii!

Wednesday, October 3, 2012

Nothing's easy!


Susahnya nak berubah. Banyak betul dugaan. Kiri kanan depan belakang. Tu baru dugaan sekeliling kita. Dugaan dari hati pulak. Kalau hati keras and still nak memberontak, camne nak berubah. 

Bila tengok orang jadi baik, terasa jugak nak jadi baik. Tapi still x buat pape. Kalau tengok saje, apa yang berubahnye? Orang kata, kalau da ada niat tu pun, da kira bagus. Tapi sampai bila nak simpan niat tu? Hidup ni makin singkat, bukan makin panjang.

Once kita da berubah, datang pulak dugaan yang lain. Orang-orang sure bercakap. 'Dulu bukan baik sangat pun, tetiba berubah'. 'Bajet je budak tu, tunjuk baik la konon'. Ada jugak yang rasa kita ni kolot, x open minded. Ada yang buat muka, ada yang gelak. Betul la, dugaan lepas berubah lagi banyak compare to before berubah. Orang-orang yang sabar je mampu bertahan. Kita kena ingat, mulut orang ni, sampai bila pun x kan berhenti bercakap. Da memang lumrah. X untung pada diorang, x rugi pada kita. Kalau kita duk dengar, silap hari bulan, kita berubah jadi cam dulu balik.

Some said :

Diamond will not become a beautiful stone if it was not put under the high pressure.


Same goes to people. If they really want to change to something good, they should face all the small and great obstacles.

Nampak x kat situ? Haa, nak berubah jadi baik ni susah tau. Tapi hasilnye, kita dapat kebaikan dunia & akhirat. And lama-lama, orang sekeliling akan nampak betapa 'cantik' nya kita. Kalau x cantik pada mata manusia sekalipun, biarlah cantik pada pandangan Allah.

Sekian tazkirah hari ni =)