Salam everyone!
It has been a week since the final result came out. Perasaan masa nak tengok result tu Tuhan je tahu. Every sem memang cuak tiap kali nak buka sebab dalam otak ni ada satu je, 'Tolonglah kasi pass semua. Janganlah ada yang sangkut'. Susah sangat kew sampai pikir camtu? Ok i will tell you later tahap kesusahan belajar law. First thing first bila dapat log in result, aku akan tengok part gred. Dari atas sampai bawah. This is to make sure takde huruf 'f'. Alhamdulillah, no words can describe how grateful i am. I passed all the subjects. I SURVIVED LAW SCHOOL! Wohoo. And exam kali ni is the best result aku pernah dapat sebab tersangatlah unexpected. Terasa nak sujud syukur atas katil time tuh jugak.
Once aku melangkah masuk sem akhir, aku tahu mesti tough giler sem ni. Sebab ikut pengalaman senior sebelum, semua akan kata enjoy laa before masuk final year. Tengok hakak hakak and abang abang yang macam zombie, aku tahu time aku akan sampai jugak nanti. Awal sem mampu lagi nak senyum kerang busuk. Keluar situ sini, layan movie kat bilik, food hunting bagai. Dah masuk tengah sem, bermula lah hari hari ku sebagai zombie. Kelas penuh memanjang. Subjek last sem pulak sangat lah membosankan and susah kot. Kekadang aku cuba pupuk semangat yang berbaki dalam diri ini. Okeh hari ni, gi kelas wajib fokus and catit nota. Fokus fokus fokusđź‘€ Tapi paling lama pun sejam (kalau kelas dua jam), pastu aku tewas. Apa sir ajar ni? Tak faham weh tak faham. Pastu mula syaiton menghasut diri. Okeh takpe weekend boleh study sendiri. Atau lagi teruk, study week sempat ni kejar semua. Mula lah scroll phone, buat lawak dengan geng sebelah, selfie, makan nugget dan macam macam lagi. Hadek hadek jangan tiru kalau nak berjaya.
Bila masuk midsem, berlumba lumba lah para lecturers nak bagi tests dan assignments. Assignment yang hantar akhir sem konpem tak bergerak sebab assignment mingguan pun berlambak nak kena siapkan. Dengan tutor lagi kena prepare soalan. Ya ampun pernah aje masuk tutor tak prepare. Pastu mula lah ko jeling aku, aku jeling ko. Then biasa lah budak law pandai putar belit bila jawab. Padahal macam ulang baca soalan jew. Hahaha sori sir. Pastu berharap ada lah sesape yang bijaksana tolong jawab. Sampai ada satu time dulu, geng aku selalu baca satu ayat quran tau. Kekonon nak 'menghilangkan diri' time tutor. Kira macam sir terlepas pandang nama kitorang and tak kena panggil untuk jawab soalan. So far menjadi jugak ayat tuh tapi kawan aku cakap kena ada keyakinan tinggi masa baca. Wallahualam. Tak leh share ayat tuh kat sini, takut disalahgunakan oleh orang yang femalas macam kami. Hahaha
Kalau sesape amek law, dia takkan ada fyp bagai macam course lain. Tapi benda yang paling ditakuti untuk budak law final sem ialah court hearing. Tak tahulah kalau ada yang tak takut. Dari awal sem, kami akan pilih group which is usually consists of 4 members. 2 lawyers for Plaintiff and 2 lawyers for Defendant. Kami akan handle 1 case dari awal sampai akhir sem which is at the end, kami akan masuk court untuk fight. Nak dijadikan cerita, lecturer yang aku pilih untuk subjek ini agak strict. So pelbagai rintangan yang group aku lalui. Tragedi yang paling takleh lupa ialah bila kami satu group tersalah tarikh untuk case management. Ingatkan esok rupanya harini. Tak tau lah camne ada miscommunication. And case kami hampir nak kena strike out. Kalau strike out, maksudnya case tu tak leh bawak masuk court dah. And maksudnye, hancus laa markah group kami. Nasib baiklah dulu pernah masuk pertandingan drama time sekolah, so merayu-rayu lah depan madam. Siap angkat sumpah bagai yang kitorang betul betul ingat esok tarikh CM tuh. Tu tak termasuk lagi kena halau dari bilik madam sebab banyak sangat tanya. Hahaha kenangan betul. Masa hearing, kecuakan jelas terserlah di muka kami. Kalau toreh, tak keluar darah kot. Tapi alhamdulillah lepas jugek. Entah lah membebel apa dalam court tuh, tapi experience tuh mahal weh. Madam even sangat strict tapi tahu dia baik. Memang tu style dia mengajar, she trained us like we are true lawyers.
Bila sampai akhir sem, assigments still berlambak. Test pun sama naik. Padahal nak final exam dah. Last sem memang pelik lah antara sem sebelum ni. Rasa macam 'boleh tak nak tido and bangun hari selepas final exam habis?'. Rasa nak skip semua. Pernah tengah nak siapkan written submission dengan partner, aku gelap mata jap. Sumpah rasa nak fengsan. So hadek hadek make sure rest cukup even kerja banyak. Tapi jangan terlebih rest pulak. Dan salah satu cobaan, bila rasa dah buat yang terbaik tapi test dapat markah cukup makan jew. Orang lain pulak score. Ini perkara biasa. Yang penting, never give up. Selagi tak habis sem, kita takleh declare diri kita fail. Selalunye yang fail dalam test lah, yang kita akan score dalam final exam. Have faith in you. Usaha, tawakal and leave the rest to Allah.
Even perit nak menghabiskan law school ini, akhirnya berjaya jugak sorang pahanim melepasi semua dogaan dan rintangan. All praises to Allah s.w.t that gives me strength to finish all this. For all the tears, whispers and prayers that i told You secretly, thank You Allah for always be with me. When i feel no hope, You show me the way. Thanks also to ma and abah. Persons that always have faith in me even bila diri sendiri tak percaya dengan diri sendiri. Thanks to those yang selalu dengar bebelan, rungutan, keluhan cik pahanim dari awal sem sampai akhir sem. Thanks yang pernah kasi kata semangat and doa. Maybe sebab doa awak semua, pahanim berjaya survive. Jenuh pulak nak mention sengsorang kat sini. Moga awak semua berjaya jugak dunia dan akhirat. This maybe not the end, but the beginning for my new life. Moga ilmu yang aku dapat berguna untuk semua. InshaaAllahđź’—

No comments:
Post a Comment