Sunday, January 27, 2013

Insya Allah

Salam semua!

Tiba akhirnya masa untuk aku tinggalkan rumah terchenta ni. Esok aku akan bertolak dari kemaman. Then, lusa aku akan daftar kat UIA GOMBAK! Wohoo. Excited, takut, sedih, hepi semua ada. Macam nak masuk form1 balik je. Dengan barang yg sangat banyak sampai terpikir nape abah x dak lori? Hihi. InsyaAllah muat. Sangat bersedia untuk dengar bebelan abah n abang esok bila tengok bonet keta penuh. Mesti berat kereta nak merangkak daki jalan bukit2 kat karak nanti. InsyaAllah selamat sampei. Dokumen sume da siap. Harap2 x de yg tercicir. Kalau x lusa nanti, nampak la ada budak kalut. InsyaAllah sume lancar.

Tak sabar nak jumpa kengkawan. Tengok muka tembam diorang sebab duk rumah lama sangat. Mesti banyak cerite nak share. Lam masa yg sama sedih nak tinggal rumah and family. Xde da makanan ma yg memang sodap. Ma x pernah fail menggemukkan anak dia ni kalau cuti lama2. Xde da nak gaduh dengan abah sebab berebut channel tv. Last2 dengan aku sekali jerit tengok bola. Goal!!! Xde da adam nak ajak aku tido sekali walaupun last2 dia lari bilik ma abah aku. Sayonara semua! Sobs.

UIA jangan kejam sangat dengan saya nanti. Kalau nak buat orientasi, jangan la suh bangun awal sangat. Hihi. Nak suh explorace pun, jangan jauh2 sangat. Nanti saya homesick, banjir pulak gombak tu nanti. Bakal rumate siapa? Still menjadi misteri sampai sekarang. Hope my dear roomie will be able to wake me up in the morning. Kalau tak, sama2 la kita lewat nanti. Awak da packing belum? Hope da beres sume. Hehe.

Sooooo, akhirnya aku akan bergelar pelajar jurusan undang-undang. I really hope that everyhing goes well. InsyaAllah. Doakan yee!




Saturday, January 26, 2013

Blueberry Cheesecake

Salam semua!

Atas permintaan ramai, hari ni chef Hanim nak berkongsi resepi dengan anda semua. Apalagi kalau bukan Blueberry cheesecake yg memang sedap, enak lagi berkrim.



Alkisahnya aku pi post gambaq kek ni kat FB, pastu ramai la pulak yg x caya kek ni hasil air tangan aku. Sobs. Sebab apa ek? Mesti orang ingat susah kot nak buat. Haa, tu la rahsianye. Senang sangat nak buat kek ni tapi kena rajin la. Kalau x rajin, x merasa la kek sedap ni. Resepi kek ni x de secret sangat pun sebab aku pun amek kat website orang. Hehe. Meh nak share....

Bahan-bahan:

60gm gula kastor (leh blend gula biasa kasi hancur)
250gm cream cheese
65gm whipping cream (leh ganti dengan susu cair/sejat)
100gm biskut marie
100gm butter (planta pun boleh)
3 butir telur (putih & kuning diasingkan)
1/2 sudu kecil esen vanila
Blueberry filling (jam lain pum boleh)

For topping:

Beli mana2 whipping cream/krim putar. Asal2 benda ni cam susu, tapi bila putar jadi cam icing. Nak tau berapa amount dia, sila baca arahan kat kotak.

ni yang aku guna :)
Cara-cara:

1) Hancurkan biskut marrie dengan tumbuk. Sepak terajang pun boleh asal hancur, hehe. Blend pun boleh. Gaul dengan butter dan padatkan ke dalam loyang.

2) Bakar dalam oven selama 5 minit. Kejap je tau. Kira nak buat tapak kek la ni. Pastu keluar and ketepikan.

3) Putar cream cheese dengan 30gm gula hingga sebati. Masukkan whipping cream/susu cair dan esen vanila hingga gebu. Masukkan telur kuning sebiji demi sebiji hingga gebu dan sebati. Telur kuning je tau! Ketepikan.

4) Amek bekas lain. Putar putih telur sampai kembang macam cream gitu. Kalau terbalikkan bekas, putih telur x jatuh. Campur baki gula 30gm. Teruskan putaran.

5) Tuang adunan putih telur ke dalam adunan pertama. Balik-balikkan hingga sebati. Tak perlu putar da.

6) Tuang semua adunan lam loyang biskut yang kita sisihkan tadi. Hehe. Letak loyang dalam kuali atau periuk berisi air. Kena ada air sebab x nak dia hangit tepi. Masukkan semua dalam oven. Bakar selama 30-45 minit. Suhu ikut anda punya oven. Jangan terlalu panas. Kek ni sensitip. 

7) Lepas sejuk, telangkupkan dalam pinggan dan sapu blueberry filling kat atas. Putar whipping cream dan sapukan ikut kreativiti anda. Nak tiru cara saya pun boleh. Sila tengok gambar di atas. Tu stail 'sememeh unik lagi kreatif'. Hehehe. Time ni la nak tunjuk bakat seni anda yg terpendam. 

8) Biar sejuk lam peti lagi best. Pastu, apalagi ngappppp la :)

Tips: Pi cari barang2 kat kedai menjual bahan kek. Cakap je apa yg nak, semua ada. Daripada pi supermarket yg belum tentu ada semua.

Selamat mencuba!



Thursday, January 17, 2013

Sepagi bersama Ustaz Mat

Salam semua!

Bangun je pagi tadi, tengah sedap2 melantak mihun goreng, terus ma ajak pi kelas agama Cikgu Mat. Mat ke Mad aku x pasti. Aku cam hah? Humm. Aku teruskan kunyahan. Tetiba ma jerit balik, cepat la sikit. Eh, serius ke ajak ni? Aku paling x suka rushing2, lagi2 part makan. Last2 aku tinggalkan je mihun seciput bawah saji. Soalan fes, pakai t-shirt ni boleh ma? "Heyyy, pakai baju kurung la!" Haa, hamek ko hanim! Soklan apa la tu kan? Tapi mana la aku tau. Rasa da tutup aurat elok da. So, cepat2 la korek almari. Cari baju kurung x yah iron. Pastu, sarung tudung indon. Sooo makcik! Tapi peduli apa, sebab aku bet mesti kelas tu ramai makcik2. So, xde la malu ke apa.

Sampai je tempat yg dituju, memang betul tekaan aku. Ramai dengan makcik2 yg bertudung indon. Masuk geng betul la aku ni, hehe. Mula la ada yg tanya, sape ni? Yang tanya anak ke, tu x pe la. Ni ada pulak yg tanya, kakak ke? Maksudnye, aku ni kakak mak aku ke? Haishh. Aku x pasti la sama ada simptom 20-an aku terlalu ketara or mak aku masih cun melecun cam anak dara? Mak cik oo mak cik, memang x leh beza ke. Nasib baik aku datang kelas agama tu dengan hati yg suci murni penuh kesabaran. Ku balas pertanyaan dengan senyuman yg sangat manis. "Ohh tak makcik, saya ni anak dia". Bertubi-tubi pulak soklan lepas tu. Umo berapa. Belajar kat mana. Haihh, ni malas ni. Pastu, tetiba datang plak yg bawak plastik besar penuh dengan barang2 makeup. Suh aku pakai ni la, tu la. Aiyoo, time ni aku da mula tengok keliling. Ni kelas agama ke apa? Tapi mana Ustaz Mat nye?

Assalamualaikum.

Akhirnye Ustaz Mat tiba jua. Menyelamatkan aku dari makcik2 ni. Fuhh! Dan start la kelas agama selama 2 jam lebih. Kelas ni actually lebih kepada ceramah and nasihat. Sangat2 la best. Ala2 ustaz azhar idrus tuu. Lawak weh. Aku ni gelak2 gak la tapi cover2 sikit. Mana tau ada makcik tengah usha aku nak buat menantu. Hehe.

Tapi nasihat2 ustaz sangat berbekas kat hati aku. Lagi2 bab ingat mati n betapa banyaknye dosa kita. Genang jugak la air mata ni. Tapi ku tahan jua. Nanti ada pulak yg sokseksoksek lam kelas tuu. Ustaz pun ada gitau, jangan mengumpat. Cakap pasal fizikal orang pun x baik. Kalau kita cakap tanpa dia tau, kena gi mintak maaf. Mampu ke kita nak cari semua yg kita da umpat? Humm, sama2 la kita taubat ye. Sebanyak yg boleh. Dan dia cakap jangan lupakan Rasulullah S.A.W. dalam setiap solat. Selalu berselawat. Sebab sape yg banyak berselawat, dia akan diberi syafaat kelak. Senang masuk syurga. So, meh la kita berselawat. Insyaallah kita juga boleh jadi salah sorang ahli syurga.

Tak rugi apa pun  join kelas agama ni. Sape2 yg berpeluang gi la. Ustaz cakap jangan jadikan alasan yg kita sibuk sebab nanti kat akhirat kita akan ditanya, kenapa x hadir kelas agama? Menuntut ilmu kan satu kewajipan. Jangan kita dihukum kerana sombongya diri. Lagi2 orang muda cam kita ni. Kalau boleh dengar k-POP berjam-jam, apa salahnya pi kelas agama sejam dua jam. Entah2 dengan pi kelas tu, dapat tampung sikit dosa2 kita yg mungkin lebih banyak dari makcik2 tudung indon.




Wallahualam.

Friday, January 4, 2013

Softener of hearts.



Actually, these are the right things to do to soften our hearts.