Bangun je pagi tadi, tengah sedap2 melantak mihun goreng, terus ma ajak pi kelas agama Cikgu Mat. Mat ke Mad aku x pasti. Aku cam hah? Humm. Aku teruskan kunyahan. Tetiba ma jerit balik, cepat la sikit. Eh, serius ke ajak ni? Aku paling x suka rushing2, lagi2 part makan. Last2 aku tinggalkan je mihun seciput bawah saji. Soalan fes, pakai t-shirt ni boleh ma? "Heyyy, pakai baju kurung la!" Haa, hamek ko hanim! Soklan apa la tu kan? Tapi mana la aku tau. Rasa da tutup aurat elok da. So, cepat2 la korek almari. Cari baju kurung x yah iron. Pastu, sarung tudung indon. Sooo makcik! Tapi peduli apa, sebab aku bet mesti kelas tu ramai makcik2. So, xde la malu ke apa.
Sampai je tempat yg dituju, memang betul tekaan aku. Ramai dengan makcik2 yg bertudung indon. Masuk geng betul la aku ni, hehe. Mula la ada yg tanya, sape ni? Yang tanya anak ke, tu x pe la. Ni ada pulak yg tanya, kakak ke? Maksudnye, aku ni kakak mak aku ke? Haishh. Aku x pasti la sama ada simptom 20-an aku terlalu ketara or mak aku masih cun melecun cam anak dara? Mak cik oo mak cik, memang x leh beza ke. Nasib baik aku datang kelas agama tu dengan hati yg suci murni penuh kesabaran. Ku balas pertanyaan dengan senyuman yg sangat manis. "Ohh tak makcik, saya ni anak dia". Bertubi-tubi pulak soklan lepas tu. Umo berapa. Belajar kat mana. Haihh, ni malas ni. Pastu, tetiba datang plak yg bawak plastik besar penuh dengan barang2 makeup. Suh aku pakai ni la, tu la. Aiyoo, time ni aku da mula tengok keliling. Ni kelas agama ke apa? Tapi mana Ustaz Mat nye?
Assalamualaikum.
Akhirnye Ustaz Mat tiba jua. Menyelamatkan aku dari makcik2 ni. Fuhh! Dan start la kelas agama selama 2 jam lebih. Kelas ni actually lebih kepada ceramah and nasihat. Sangat2 la best. Ala2 ustaz azhar idrus tuu. Lawak weh. Aku ni gelak2 gak la tapi cover2 sikit. Mana tau ada makcik tengah usha aku nak buat menantu. Hehe.
Tapi nasihat2 ustaz sangat berbekas kat hati aku. Lagi2 bab ingat mati n betapa banyaknye dosa kita. Genang jugak la air mata ni. Tapi ku tahan jua. Nanti ada pulak yg sokseksoksek lam kelas tuu. Ustaz pun ada gitau, jangan mengumpat. Cakap pasal fizikal orang pun x baik. Kalau kita cakap tanpa dia tau, kena gi mintak maaf. Mampu ke kita nak cari semua yg kita da umpat? Humm, sama2 la kita taubat ye. Sebanyak yg boleh. Dan dia cakap jangan lupakan Rasulullah S.A.W. dalam setiap solat. Selalu berselawat. Sebab sape yg banyak berselawat, dia akan diberi syafaat kelak. Senang masuk syurga. So, meh la kita berselawat. Insyaallah kita juga boleh jadi salah sorang ahli syurga.
Tak rugi apa pun join kelas agama ni. Sape2 yg berpeluang gi la. Ustaz cakap jangan jadikan alasan yg kita sibuk sebab nanti kat akhirat kita akan ditanya, kenapa x hadir kelas agama? Menuntut ilmu kan satu kewajipan. Jangan kita dihukum kerana sombongya diri. Lagi2 orang muda cam kita ni. Kalau boleh dengar k-POP berjam-jam, apa salahnya pi kelas agama sejam dua jam. Entah2 dengan pi kelas tu, dapat tampung sikit dosa2 kita yg mungkin lebih banyak dari makcik2 tudung indon.

Wallahualam.
No comments:
Post a Comment