Atas permintaan ramai, hari ni chef Hanim nak berkongsi resepi dengan anda semua. Apalagi kalau bukan Blueberry cheesecake yg memang sedap, enak lagi berkrim.
Alkisahnya aku pi post gambaq kek ni kat FB, pastu ramai la pulak yg x caya kek ni hasil air tangan aku. Sobs. Sebab apa ek? Mesti orang ingat susah kot nak buat. Haa, tu la rahsianye. Senang sangat nak buat kek ni tapi kena rajin la. Kalau x rajin, x merasa la kek sedap ni. Resepi kek ni x de secret sangat pun sebab aku pun amek kat website orang. Hehe. Meh nak share....
Bahan-bahan:
60gm gula kastor (leh blend gula biasa kasi hancur)
250gm cream cheese
65gm whipping cream (leh ganti dengan susu cair/sejat)
100gm biskut marie
100gm butter (planta pun boleh)
3 butir telur (putih & kuning diasingkan)
1/2 sudu kecil esen vanila
Blueberry filling (jam lain pum boleh)
For topping:
Beli mana2 whipping cream/krim putar. Asal2 benda ni cam susu, tapi bila putar jadi cam icing. Nak tau berapa amount dia, sila baca arahan kat kotak.
![]() |
| ni yang aku guna :) |
1) Hancurkan biskut marrie dengan tumbuk. Sepak terajang pun boleh asal hancur, hehe. Blend pun boleh. Gaul dengan butter dan padatkan ke dalam loyang.
2) Bakar dalam oven selama 5 minit. Kejap je tau. Kira nak buat tapak kek la ni. Pastu keluar and ketepikan.
3) Putar cream cheese dengan 30gm gula hingga sebati. Masukkan whipping cream/susu cair dan esen vanila hingga gebu. Masukkan telur kuning sebiji demi sebiji hingga gebu dan sebati. Telur kuning je tau! Ketepikan.
4) Amek bekas lain. Putar putih telur sampai kembang macam cream gitu. Kalau terbalikkan bekas, putih telur x jatuh. Campur baki gula 30gm. Teruskan putaran.
5) Tuang adunan putih telur ke dalam adunan pertama. Balik-balikkan hingga sebati. Tak perlu putar da.
6) Tuang semua adunan lam loyang biskut yang kita sisihkan tadi. Hehe. Letak loyang dalam kuali atau periuk berisi air. Kena ada air sebab x nak dia hangit tepi. Masukkan semua dalam oven. Bakar selama 30-45 minit. Suhu ikut anda punya oven. Jangan terlalu panas. Kek ni sensitip.
7) Lepas sejuk, telangkupkan dalam pinggan dan sapu blueberry filling kat atas. Putar whipping cream dan sapukan ikut kreativiti anda. Nak tiru cara saya pun boleh. Sila tengok gambar di atas. Tu stail 'sememeh unik lagi kreatif'. Hehehe. Time ni la nak tunjuk bakat seni anda yg terpendam.
8) Biar sejuk lam peti lagi best. Pastu, apalagi ngappppp la :)
Tips: Pi cari barang2 kat kedai menjual bahan kek. Cakap je apa yg nak, semua ada. Daripada pi supermarket yg belum tentu ada semua.
Selamat mencuba!


wah apabila chef hanim duduk di dapur, habis semua die mencuba!!..cayalah chef hanim!!!...=p
ReplyDeletehaaa, tu malas tu nak msuk dpur. bila da msak, org x cya. bila x msak, org caya. hehe. chef nisah lg hebak! rajin tu x tau la :P
ReplyDelete