Wednesday, January 2, 2013

Pahit manis 2012

Salam semua!

Tak terlambat lagi kan nak wish Happy New Year! Sape2 yang x sedar lagi, kita ni da masuk tahun 2013 da wehh. Celik mata semua, genyeh kuat2 sikit. Humm, sape2 yg sebaya dengan aku, sedarlah diri yang awak tu da masuk 20. Puluh okeh, no belas2 da. Cam tua je rasa. Tang perangai x tau la.

Bila da masuk tahun baru, automatik otak ni try nak ingat balik apa yg jadi tahun lepas. 2012 yg penuh drama, penuh kenangan, babak air mata, suka-suki. Macam2 la jadi. Tahun yg banyak merubah diri aku. Belajar gelagat manusia yg macam2 perangai. Try untuk belajar memahami dan menerima sesuatu. Belajar guna akal ni dengan lagi baik, bukan nak ikut kata hati je.

Sepanjang tahun 2012, banyak jugak yg aku buat silap. Memang la manusia x pernah lari dari buat silap. Tapi percayalaa kalau kita betul2 berfikir dan ikhlas, mesti silap tu leh elak. Berbelit kan aku cakap? Faham2 je la. Kepada kawan2 aku yg ada makan hati, terasa, menjauh, or pape je la, aku mintak maaf banyak2. Siyes aku mintak maaf. Aku ni bukan la kawan yg baik tapi aku selalu cuba untuk menjadi yg terbaik. Tak pernah ada niat nak benci sape2.

2012 jugak ajar aku jadi someone yg selalu bergantung pada Dia. Ketentuan Dia kadang2 melebihi keinginan kita. X perlu jadi seseorang yg terlalu yakin kerana balik2 Allah juga yg tentukan semua. Hidup CFS yg banyak drama n kesusahan selalu buat aku rindu nak bercerita semuanya dalam doa. Datang la 10 orang sekalipun untuk dengar masalah kita, still x sama cam kita bercerita kat Dia.

Sangat2 berharap 2013 ni mampu ubah diri ni jadi lagi baik. Common betul azam aku ni, hehe. Tiap tahun camni. But yes, i wanna be someone who is much much better than before. Sape x nak kan? Hope dapat buat orang lebih tersenyum dari menangis. Cuba jadi muslimah, anak, pelajar n kawan yg lebih baik. InsyaAllah. Moga2 hidup kat gombak nanti dipenuhi suka, gelak tawa n kejayaan. Doakan yee :)





No comments:

Post a Comment