Hari ni satu Kemaman aku tawaf. Aku sekarang dalam misi mencari kerja untuk mengelakkan lemak-lemak di badan ni bertambah. Sebelum aku jadi 'garfield' yang duk tidur makan je kat rumah, terpaksa lah aku mencari rezeki di luar sana. Ecehh.
![]() |
| gambaran aku di masa hadapan tanpa keje -.- |
Macam2 kerja ada wehh kat luar sana. Harap kita je rajin ke dak nak cari. Nak seribu daya, x nak seribu dalih. Haa, sesuai la sangat peribahasa ni. So, x de alasan la bagi penganggur2 kat lua sana yg kata x de keje kosong la, apa laa. Memang la x dak, hang yg x pi cari. And memang la x dak, kalau hang tu memilih sangat. X pe, keje la dari bawah dulu. Mana tau, dari despatch, jadi manager. Dari cashier, jadi tokeh kedai. Haaa! Sape tau kann? Tapi bagi orang cam aku ni, juz nak isi masa je, elak lemak bertambah n paling penting cari duit. Ibarat kata mak aku, mana ada orang keje x nak duit. Tu lahh aim orang keje. Ye x ye jugak, hehe.
Receptionist hotel, cashier, pembantu klinik, assistant dentist, kerani lawyer. Ni sume jawatan kosong yg aku jumpa tadi. Hehe. Pemandu lori pun ada tadi, tapi aku x mintak la sebab lesen lori x de, hehe. Tukang masak pun x mintak, sebab aku sedar diri yg aku ni amateur lagi dalam bab2 masak. Sekali orang mintak nasi goreng cina, nasi goreng india yg sampai karang. Terlebih kicap, hehe.
But still, mission incomplete! Sebab aku x dapat keje kat mana2 lagi. Baru je apply. Lam banyak2 keje, aku berminat nak keje kat 7eleven. Dengan kedai yg ada aircond, gaji sebulan rm700. Pastu, x de la buat keje banyak mana pun. Setakat duk kat kaunter, susun2 barang. Nampak x permainan aku? Bajet nak kurang lemak la sangat. Haha. Duk tercongok, lagi2 lam aircond. Xpe la, at least x boring duk rumah je kann. And mana tau jumpa jodoh kat situ, ada anak tan sri ke pi beli slurpee nanti. Ehem, hanim betulkan niat! Yee, niat kerana Allah. Heee.
So, harap2 aku dapat keje yang elok n halal. Kalau x dapat pun, x pe. Leh la aku menyengih kat rumah ni 2 bulan lebih. Okep, boiii!

No comments:
Post a Comment