Friday, May 31, 2013

Goodbye may! Hello june!

Salam semua!

Lama da tak update blog usang ni kan. Tengah exam fever ni! Siyes nak giler rasa tau. Ni fes final exam yang aku amek as a degree student. Sangat giler sebab susunan jadual tuk exam paper sangat menarik. Hehe. Untuk minggu ni, ada 3 papers exam yang 3 hari berturut-turut kena amek. Cam robot rasa. After habis 1 paper, kena set otak untuk bertukar terima subjek lain pulak. And guess the toughest part is what?? Tang menghafal tuh. Aku rasa untuk dis sem je, almost hundred cases ada lam kepala otak ni. Haa, ko hado?


Soo, da puas berendam air mata, berguling bergolek untuk 2 minggu and 3 hari berturut-turut tu, terus decide nak kua. Nak jugak kua. I need to see colours now, set aside all the black-and-white words. Mentally tortured enough! Apalagi, here we come KLCC!!!


Aim utama kitorang nak marathon movies sebenarnye. Movie best2 wehh akhir bulan mei. Time best, sume best. Pilihan kitorang ialah NOW YOU SEE ME and FURIOUS 6. Terpaka reject KIL lakonan redza minhat yang orang kata best tuhh! Sebab masa tak mengizinkan youuu. Kalau tak, da lama tengok 3 citer sekaligus. Overall, 2 movies yang kitorang tengok tu memang awesome! But i prefer now you see me. Tak suka F6 yang cam gaya nak buat sambungan lagi untuk F7. Bila nak habisnye citer? Humm :3

Then, sempat gak lepak kat klcc park yang memang cantik. Da la berangin, tenang sangat. Orang memang ramai, cuti sekolah kann. Kitorang pulak bajet cam foreigner, sakan amek gambar. Snap situ, snap sini. Macam klcc kami yang punya. HA HA HA *gelak jahat. Even 15 minit je kat situ tapi hasilnyee...













 What a tiring day yet wonderful! Hehe. Bila dengan kawan, semua benda jadi epi. Kann? Intan duk ulang ayat sama je masa otw balik uia, " 'Manis' rasa hari ni". HAHA. Klasik tak ayat dia? Hehe. Yup, semalam 'manis' sangat. Tapi ingat, still ada 1 paper lagi kat depan sana. Hoho. Go go go! Ale ale ale! Sape yang tengah musim exam sekarang, good luck everyone. Memang perit time belajar, tapi pasti manis kat depan sana :) Bye.


Friday, April 12, 2013

First time

Salam semua!

Setelah sekian lama bergelar pelajar jurusan undang-undang, akhirnye berjaya jugak jejak kaki ke mahkamah. Skema tak ayat intro? Muehehe. Untuk pertama kalinye aku masuk mahkamah. Real court weh! Bukan olok2 punya. Eksaited bak kat hang. Fes time nampak bangunan dia pun da nganga. Besaq giler! Masuk je pagar, penuh dengan keta mewah tunggu depan entrance. Keta datuk2 or lawyer maybe. Hoho. Majistret memang selalu penuh dengan orang and kebanyakannya semua baju hitam putih. Nasib baik kitorang pakai hitam putih. Leh la perasan jadi official lawyer jap.

Actually kena buat research sal mahkamah juvana. Hampir2 nak kena halau sebab tak faks or anta surat rasmi langsung kat diorang before datang. Tapi akak receptionist yg cakap tak yah. Nasib sangat la baik sebab Puan Syuhaida a.k.a majistret untuk juvana bekas pelajar UIA. Sooo, lebih kurang cam tolong junior la. She is soooo humble, kind, and cute. Hehe. Dia sempat bagi banyak tips even kejap je jumpa. Sangat berguna! Hope to see her again :)

Puan Syuhaida yg pakai kot tuhh :)

Nampak tak betapa banyak mahkamah kat belakang tuh??

Keletihan. Senyum pun pelik je. Erkk
lam toilet mahkamah pun jadi :3

food court yang penuh dengan lawyers, abang polis. Hitam putih hitam putih!



lawyer to be? ahakss
   
Sangat letih hari tuu. Sempat memain kat situ. Main masuk je court mana-mana. Pi dengar perbicaraan kes. Sempat dengar sikit kes jenayah n tort. Scary woooo! Senyap giler time proceeding. Rasa nak nafas pun kena slow2. Haha. Lam court, memang kena patuh etika la. Tak pasal judge tu marah kita karang.

Overall best la. Seharian di mahkamah. Layanan orang kat sana tiptop. Semua baik2. First impression aku pasal court, ok laa. Best! Tapi tak tau laa masa depan. Keje kat court ke idak. Entah2 opis je. Semua kita serah kat Allah yee. Byeeee :)


Friday, April 5, 2013

Lepas stghess

Yuhuuuuu! Setelah letih berhempas pulas memulas terpulas jawab tiga test semalam, hari ni me and gegurls decide nak kua lepas tension. Wangsa walk menjadi pilihan hati! Lebih kurang asar jugak sampai. Cadang nak tengok citer tapi x kena masa, sume start time maghrib. Da la citer macam hambar. Sooo, jejalan je la. Cuci2 mata sikit, letih sangat asyik ngadap buku jeeee.

lrt gombak. waiting for intan yg kelambatan :/

buku atau tuan yg mental? hummm

kembar tapi tak serupa.

bila 'orang' lapar makan, 2 pinggan sekaligus. cuba teka?

human's centipede. LOL
Bahagia je muka semua kan? Kalau laa jawab test pun muka camni, kan bagus. Haha. Ni tak, muka kalah orang cirit-birit. Dengan kerutnya, masamnye, pucatnye.

Lepas pusing2 mall, sempat lagi melalak pi karaoke. Tak tau laa kitorang melalak ke memekik lam tuh, fail la kalau nak jadi penyanyi. Nasib baik bilik karaoke tu kedap bunyi, kalau tak, runtuh gak mall tuh. Yg penting, abang2 yg jadi waiter kat situ hensem2 weh. Intan kata, tu salah satu tarikan nak suh orang pi karok kat situ. Kehkehkeh *gelak gatal.

Masa nak balik, ada something lucu jadi. HAHAHAHA. Ada orang tu kan tersepit kat pintu lrt. Nasib baik sempat masuk. Yg paling lawak sekali, bila lrt stop kat stesen2 seterusnya, terus da tak leh buka semua pintu kat koc kitorang. HAHA. Terpaksa la sume berlari gi pintu koc lain. System broke down kerana SI DIA. Hihi.

Sooooo, hari ni da enjoy. Esok lusa kena la buka buku. Huhu. Separuh lagi perjalanan untuk sem ni. Go hanim go!


Saturday, March 2, 2013

Gegirls

Salam semua!

Hampir sebulan aku duk kat UIA n sebagai laws student, aku agak busy. Busy la sanget kan. Mula2 susun jadual, it's not that busy. Tapi lepas tambah tutor, agak packed jugak la jadual harian ku on weekdays. Weekend pun ada kelas jugak tapi sabtu je. Sooo, yg lain memang free. Soooo, apa lagi, instead of studying, kena la ada time untuk manjakan diri sendiri and menggedix dengan gegirls. Actually agak kelambatan update blog ni coz iolls hang out dengan gegirls last weekend. Tapi takpe la, blog aku. Apa kisah, hehe. 

Ada retis datang uni aku last week wehhh! Sapa lagi kalau bukan Nisah, retis la sanget kann. Dia datang nak buat library research tapi dia kata main point, sebab nak jumpa aku. Huhu. Tak tau la kalau dia tipu. Tapi aku caya nisah ni *kang ngamuk karang kalau x caya. Kalau betul, terharu mak tauu!  Hihi. Da la kesunyian duk sini. Sempat la menggiler dengan makcik ni untuk beberapa jam. Kalu lebih jam, takut giler betul je. Haha. Dia bawak member sekali, Mira yg comel. Mira angguk2 geleng2 je tengok kitorang. Hummhh. Lepak dengan nisah kalau 2,3 jam memang x best. Sedih sobs2 dia x nak tido.

tadaa. nisah si retis retas! :P
weeee! :)
mira with the grey scarf. hee, kerat separuh muka nisah :)

Unsangkarable, tetiba esok Aini a.k.a ‘budak syariah yg selalu pakai peplum hari2' ajak pi CFS. Haha. CFS ni kampus asasi kat PJ.  Dok pikir2 cam boring je kalau stay kat hostel sorang2, lagipun CFS tengah ada festival. Ala2 cam ekspo la, ada booth makanan n baju. Dalam nak tak nak, sampai jugak CFS terchenta petang tuu. Jumpa balik makcik nisah n stay bilik dia. Layanan nisah n rumetzz memang tiptop. Thanx korang! Malam tuu, apalagi menggedik la kami. Aku, aini, intan n yana. Humh, memang la memang. Cuci mata tengok junior2 yg hensem sambil pikir non-stop nape la batch aku x hensem camni, hehe. Makan sampai kenyang, tangkap gambar sampai habis gaya.


kegelapan sikit n carca marba sekali pakai baju. malas! haha

Tak habis camtu je. Esok paginye sambung balik. Kat CFS ni memang jumpa ramai orang. One of them, ex schoolmates aku yg comey lotey, sanah! Then, hang out sampai ke KL SENTRAL. Sebab niat di hati nak cari something kat guardian. Tetiba terbabas ke Secret Recipe hasil pujuk rayu nisah n termakan la new york cheese cake. Nyumnyum.


sanah, the blue one! hepi to see u sanah :)
Overall, memang hepi kalau dapat gather camni dengan gegirls. Buat giler cam dunia kita yg punya. Tanpa korang, hambar la hidup aku. Tanpa korang, sunyinye hidup. Okehh, x nak tayang pilu kat sini! Pape pun, sayang korang! Muaxxxx.