Monday, January 13, 2014

Perit

Salam semua!

It's been a long time aite since last aku update blog ni? Huhuhu. What to do? Kesibukan melanda diri ini. Padahal banyak je idea nak tulis. Tapi malas nak buka lappy. Bila da buka, idea pulak entah kemana. And know pun entah hape aku melalut. Terima kasih kerana terus membaca. Kalau da malas, just click the exit button kat atas nuu. Haha

By the way, i just finished my first year of laws. Wohooooo! Hoi hanim, setahun jek pun. Kalah orang grad degree. Yeah, maybe people thought it was too much for me or kawan seangkatan rasa cam bahagia giler habis setahun belajar law. Tapi for those yang betul merasa peritnye belajar law, akan rasa bahagia giler even baru habis setahun. Lebih kurang dua minggu lebih gak la tempoh final exam kitorang. Gap banyak tu sangat laa bersyukur tapi jadi orang yang paling last langkah kuar dari UIA tu yang sedih mak aih. Bayang laa kafe hostel pun da nak bercuti, kita still tersekat kat u belek buku.

Susah sangat ke law ni? Pada aku, sume course susah. Tapi jenis susah tu lain-lain. Ada course yang jenis mengira sampai juling bijik mata, ada kena buat projek berbulan-bulan, ada yang kena hafal formula, ada yang kena guna skill mengarang. Whateva la kann. Law pulak, aku konpem orang boleh teka apa yang susahnye. MENGHAFAL! Yes, ni perkara paling penting dan tersangat lah penting amek laws. Kalau ko jenis lembab menghafal pun, kena gak paksa diri menghafal. Haha. Kalau tak, alamatnye putih bersih la kertas exam ko tu. Ada jek orang kata, alaa paham kan je la, jangan menghafal. Certain things boleh la nak paham but most of it, you have to memorise. Nama kes, jenis kes, nombor akta, nombor seksyen, ayat quran, hadith, sirah, kata-kata tokoh ulama. Haa, kalau semua ni, apakebendanye nak dipahamkan? Memang nak tak nak kena hafal. Haha. Selama jadi budak fes year ni, memang beratus gak la kes yang da berjaya dihafal. Tapi kalau tanya aku sekarang.. Erkkk!

Selain kekuatan menghafal, sape amek laws memang kena ada kekuatan emosi. Ni sangat penting hokeh. Bila otak ko da berat dengan segala info plus pressure exam apa sume, memang senang je nak rasa emo terlebih. Mula nak nangis la, pikir mengarut la, nebes terlebih la. Tido tak lena (kawan aku sampai tido setengah jam sebab emosi terganggu, haha), makan tak lalu, mandi basah laa. Tipu laa kalau mandi tak basah. Hehe. Haaa, kalah orang berchenta uolls. Then mula la nak kol umah, lebih sekali sehari. Ayat sama jekk, 'ma, doakan akak k'. Habis orang aku suh doakan. Mak aku pun da leh hafal rasanye skrip time exam week.

Last sekali, ko kena ada kekuatan fizikal. Haa, tang mana tu? Tang tangan la. Exam law standard tiga jam and you have to answer 4 questions. Setiap soklan selalu ada dua esei. Sooo, you have to answer about 8 esei in 3 hours. Dan selalunye, musuh budak laws ialah masa. Even ko da habis baca berhempas pulas, kalau tak pandai nak susun ayat time exam, tak jadi jugak. Kekuatan otot-otot tangan anda amat laa diperlukan masa menjawab paper law. Haha. Selalu la amalkan eksesais yee pada tangan. Ingat ahli sukan je ada muscle kat tangan? Kami pun boleh. Tapi muscle naik lebih kat jari la kott.

Soo far, ni la pengalaman jadi budak laws untuk setahun. Dalam letih menangis susah tak tahan, habis gak setahun. Tapi kena tengok result luu. Huhuhu. Mintak lepas la sume subjek. Amin! Cepat amin kan?! Hehe. Dan sekarang, aku nak enjoy cuti ni pepuas. Adios!

Even perit, kita enjoyyyyyy! HAHA

Thursday, August 22, 2013

Pakcik berbaju melayu.

Salam semua!

Ada seorang pakcik ni kat rumah aku. Maybe first impression orang kalau tengok dia, betul ke pakcik ni? Sebab dia special. Lain dari yang lain. Dengar citer dia pernah eksiden. Then kesan daripada eksiden tuu, dia jadi lain. Yang pelik, tiap hari dia akan pakai baju melayu. Lengkap dengan samping, songkok and terompah! Haha. Tiap hari okehh tiap hari. Rasanye ramai je yang cam dia and maybe ada je yang gelak kat dia bila tengok penampilan si pakcik ni. Manusia kann. Ada gak yang kata dia tak betul. 

Aku selalu perhati pakcik ni, dia tak pernah lambat amek anak dia kat tadika. Even bawak motor kapcai, berpanas bawah matahari pakai baju melayu lagi.Bersusah nak jalan pakai terompah. Keletuk keletak. Dia la antara yang pertama tunggu anak depan pintu tadika. Selalunya tiap kali aku sampai tadika, dia da siap naik atas motor nak balik. Orang lain baru sampai tadika. Kadang2 aku sempat tengok dia kelek beg anak dia, angkat anak dia naik motor. Bila anak dia nak cakap something, dia dekatkan telinga. Tersentuh jugak hati ni. Kasih ayah, tengok dengan mata kasar tak kan nampak. Dan mungkin pada mata anak dia je ayah dia nampak sempurna. 


Satu pagi, aku dan ma pekena roti canai dekat satu gerai kat bandar. Vroom vroom. Datang sebuah motor tiba2 tepi jalan dekat gerai tu. At the same time, dengar banyak kucing mengiau. Ikut je mana arah motor tu pergi. Sampai satu tempat motor tu berhenti. Dan apa yang aku nampak, pakcik berbaju melayu. Oooh dia ni. Apa dia buat? Pakcik tu keluarkan sebekas nasi. Siap ada senduk lagi, hehe. Then dia sendukkan and taburkan nasi tu atas jalan tar. Berebut kucing2 tu makan. Lapar sangat mungkin. Dan aku tersentuh lagi.

Siapalah kita manusia nak judge orang tu 'tak betul' 'kurang siuman'? Siapalah kita nak gelakkan orang sebab nampak kebodohan dia pada mata kasar? Sedangkan pada Tuhan dia mungkin mulia. Mungkin juga berat timbangan pahala dia jauh melebihi kita. Sesegak mana pun berkot hitam bagai, kalau riak lebih, sepak terajang anak, tak de makna semua. Dan itu mungkin dugaan si pakcik. Diduga di dunia, di akhirat Allah saje Maha Tahu. 

Wassalam.  



Wednesday, June 19, 2013

Don't give up!

Salam semua!

Tepat 12 tengah malam semalam result first sem keluar. Erkkkk. Yes, tersangat lah cuak but at the same time da redi dengan segala kemungkinan. Skema giler ayat ko nyah, hehe. As I expected, the website got stuck. Maybe budak2 uia lain pun tengah semangat nak terjah website tu, eksaited nak tau result. Eksaited kahh? For me, selagi tak tau, selagi tu dok pikir. Baik tau cepat2. As usual, after 2 3 kali cuba, aku berjaya menerjah. Krik krik krik~

Alhamdulillah. Mula2 tengok cam terkejut ternganga tersenyap. It's not like as I expected before this. Terpegun tu bukan laa sebab tinggi or gempak sampai dekan. Nooo. It's just I felt grateful with the result. Syukur sangat pada Allah sebab dalam hati ni ada gak rasa maybe aku akan dapat C untuk satu dua subjek. Tapi xde C, hoyeahhhhh! Semua A dan B. Yang pasti B la conquer. Ngeh3. FYI, memang aku tak kan bagitau pun result aku berapa kat sini. Juz gambaran jee. Actually tujuan juz nak kongsi rasa bersyukur, tu jee.

Selama ni aku ingatkan ada C walaupun aku tak nak sebenarnye. Sape nak ye dokk? Sebab ada certain papers yang aku jawab, ada yang aku salah jawab. Last minute baru perasan, sobs. Ada yang jawab cincai jee. Ada yang sehari before exam, study masuk tak masuk. Ada yang pasrah berserah jiwa raga. Banyak kann drama aku time exam? Haishh. After all, the result I've got was okayhhh. I deserve what I've done.

Tapi tipu laa kalau aku tak terkilan or menyesal even sikit tengok result tu. Memang ada ponn. Semua nak yang terbaik. And aku pun jenis yang target tinggi jugak (dalam hati, tak cakap kat orang). Hehe. Nak gak merasa dekan tuuuuu. Nak gak merasa first class degree. Time konvo nanti duk barisan depan. But then, memang salah diri sendiri pun masa first sem baru ni. Study last minute! Memang ni la simptom aku since sekolah. Bila nak study awal2, mula la cari alasan. 'Exam lambat lagi'. 'Study awal tak masuk'. 'Nanti nak exam lupa balik'. Dannnnnn, last sekali aku laa yg merasa peritnye. Sakit wooo mental fizikal. Rasa cam gelegak je kepala otak nii. Bajet nak buat cam sekolah study lambat2.  Hamek kooo! Sumpah tak nak daa.

 

Dannnnn, ni maybe pengajaran untuk aku as a laws student. Ko hengat laws ni sama dengan sains n math? Leh go through camtu je? Memang tak la weh kalau esok nak exam, hari ni baru nak digest segala benda. Notes masa tu da berselerak cam hape. Last2 baca yg mana berkenan di mata je, ada pulak camtu? Hehe. Mujur laa time tu iman kira kuat jugak walaupun dalam hati rasa nak menangis. Bayang la sampai ada geng aku nak give up, nak masuk maktab jadi cikgu. And masa tu jugak la ramai yg emo, yg melalak, yg macam zombie.

Sooo, untuk next sem, marilah kita sama2 menuju kejayaan. Hik3. Jangan biarkan hidup anda diselubungi kegelapan yg abadi. It's not always dark, there's light if only you can find your own torchlight. Ehhh? What kind of idiom is this? Saje je tuu melalut. Maksud aku, kita la yg kena berubah kalau kita nak merubah sesuatu. Then, jangan ingat dengan study hard je kita leh berjaya. Cuba tengok hubungan kita dengan Allah dan manusia. Banyak sangat dosa and maybe ni salah satu penghalang kejayaan kita.

 

Kepada kawan2 yg dapat result gempak, tahniah! Aku hepi untuk korang. Kasi gempak lebih next sem. Pada yg dapat result tak seberapa, jangan sedih. It's only one part of our life. Bukan maksud dunia da berakhir. Ada 7 sem lagi korang. Haiyakkkk! Berusaha dan berusaha. Nanti sama2 kita tampal nota keliling bilik yee. Haha.

Wasalam! Hee




Friday, May 31, 2013

Goodbye may! Hello june!

Salam semua!

Lama da tak update blog usang ni kan. Tengah exam fever ni! Siyes nak giler rasa tau. Ni fes final exam yang aku amek as a degree student. Sangat giler sebab susunan jadual tuk exam paper sangat menarik. Hehe. Untuk minggu ni, ada 3 papers exam yang 3 hari berturut-turut kena amek. Cam robot rasa. After habis 1 paper, kena set otak untuk bertukar terima subjek lain pulak. And guess the toughest part is what?? Tang menghafal tuh. Aku rasa untuk dis sem je, almost hundred cases ada lam kepala otak ni. Haa, ko hado?


Soo, da puas berendam air mata, berguling bergolek untuk 2 minggu and 3 hari berturut-turut tu, terus decide nak kua. Nak jugak kua. I need to see colours now, set aside all the black-and-white words. Mentally tortured enough! Apalagi, here we come KLCC!!!


Aim utama kitorang nak marathon movies sebenarnye. Movie best2 wehh akhir bulan mei. Time best, sume best. Pilihan kitorang ialah NOW YOU SEE ME and FURIOUS 6. Terpaka reject KIL lakonan redza minhat yang orang kata best tuhh! Sebab masa tak mengizinkan youuu. Kalau tak, da lama tengok 3 citer sekaligus. Overall, 2 movies yang kitorang tengok tu memang awesome! But i prefer now you see me. Tak suka F6 yang cam gaya nak buat sambungan lagi untuk F7. Bila nak habisnye citer? Humm :3

Then, sempat gak lepak kat klcc park yang memang cantik. Da la berangin, tenang sangat. Orang memang ramai, cuti sekolah kann. Kitorang pulak bajet cam foreigner, sakan amek gambar. Snap situ, snap sini. Macam klcc kami yang punya. HA HA HA *gelak jahat. Even 15 minit je kat situ tapi hasilnyee...













 What a tiring day yet wonderful! Hehe. Bila dengan kawan, semua benda jadi epi. Kann? Intan duk ulang ayat sama je masa otw balik uia, " 'Manis' rasa hari ni". HAHA. Klasik tak ayat dia? Hehe. Yup, semalam 'manis' sangat. Tapi ingat, still ada 1 paper lagi kat depan sana. Hoho. Go go go! Ale ale ale! Sape yang tengah musim exam sekarang, good luck everyone. Memang perit time belajar, tapi pasti manis kat depan sana :) Bye.