Wednesday, June 29, 2011

israk mikraj

salam semua!korang puasa x ari ni?ari ni israk mikraj tau..tapi kan,aku pun lupa gak nak pose..bukan apa,kat PJ ni x de cuti sempena israk mikraj..geram tau!kat laen,cuti je..las week da ingat da sal ari ni,nak pose la,apa la..las2 lupa lak bila da sibuk dengan presentation,assignment,bla,bla,bla..huhh!!letih laa tp x la letih sangat..

sempena israk mikraj ni aku nak cakap sikit pasal seksaan wanita yang diperlihatkan kepada Rasulullah s.a.w. semasa israk mikraj...

  • perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih
    sebab:mereka yang tidak menutup rambut
  • perempuan yang digantung dengan lidah dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya
    sebab:mereka yang suka menyakiti hati suami
  • perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya
    sebab:mereka yang menyusui anak tanpa izin suami
  • perempuan yang diikat dua kaki dan dua tangan sampai ke ubun dan dibelit ular2 & kala jengking
    sebab:keluar rumah tanpa izin suami dan tidak bersuci/mandi selepas haid/nifas
  • perempuan yang memakan dagingnya sendiri di bawah api yg menyala
    sebab:mereka yang berhias diri utk lelaki lain dan suka menceritakan aib org lain
  • perempuan yg memotong badan sendiri dengan gunting drpd neraka
    sebab:mereka yg memasyhurkan diri sendiri supaya org melihat akan perhiasannya
  • perempuan yg kepalanya seperti babi dan badannya seperti keldai
    sebab:mereka yg suka mengadu domba dan berdusta
  • perempuan yg rupanya berbentuk anjing  dan beberapa ekor ular&kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui dubur
    sebab:mereka yg suka memarahi suaminya dan memfitnah org lain


hum,da baca?takutkan bila baca..banyak sungguh siksaan utk kaum perempuan..so,mai la kita sama2 ubah diri kita sikit demi sikit..sebagai manusia,of coz kita x perfect dan semua buat silap..tp selagi ada masa,kita kena cuba,cuba dan cuba utk menjadi yg lebih baik..biar lah org nak kata pape pun,janji Allah tau niat kita sebenar..sekian usrah utk hari ni..rasa macam ustazah la plak,hehe.. renung-renungkan selamat beramal :)

No comments:

Post a Comment